GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 1 April 2012

Jessie J hidup dalam ketakutan


LONDON: Penyanyi Jessie J (gambar) dikatakan hidup dalam ketakutan selepas dia menjadi sasaran peminat gila yang mendakwa mencederakan kaki sendiri hingga patah untuk menjadi seperti Jessie.

Peminat itu berkata, dia mencacatkan kakinya supaya dia boleh memakai alat sokongan kaki seperti juri The Voice itu selepas penyanyi terbabit mengalami patah kaki tahun lalu.

Peminat itu kemudian menjejaki maklumat peribadi penyanyi terbabit dan menghantar gambar kakinya yang patah itu.

Peminat gila berkenaan yang tidak dapat didedahkan identitinya turut mengganggu bintang itu dengan pelbagai mesej termasuk: “Saya akan melakukan apa saja untuk menjadi seperti anda.” Satu sumber rapat dengan Jessie yang membantu The Voice menarik 9.3 juta penonton di saluran BBC1 minggu lalu berkata: “Dia takut perkara sebegini berlaku.

“Jessie wanita yang sangat sensitif yang gemar mendekati peminatnya.” “Tetapi insiden ini keterlaluan buatnya hingga dia dilanda ketakutan.” “Dia sedih apabila peminat mencederakan diri sendiri, tetapi dia juga takut terhadap keselamatannya.” Jessie, 24, yang menggelar peminat setianya sebagai “degupan jantungnya” kini lebih berhati-hati untuk beramah mesra dengan peminatnya. Jessie mengalami artritis selepas patah kaki akibat terjatuh dari pentas.

Bagaimanapun, dia tidak lagi memakai alat sokongan kaki mulai Oktober lalu walaupun berkata, dia tidak boleh lagi memakai kasut tumit tinggi tanpa rasa sakit. - TS

* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP