GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 27 Mei 2012

29 unit rumah setinggan di Jalan Peel terbakar


KUALA LUMPUR – Kira-kira 29 unit rumah setinggan, termasuk bengkel baiki kereta, kedai runcit dan stor menyimpan barangan, di Jalan Peel di sini terbakar pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, bomba menerima laporan pada kira-kira 9.07 pagi ini dan sampai di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.
"Lima jentera bomba yang tiga daripadanya dari Balai Bomba Hang Tuah dan selebihnya dari Balai Bomba Pudu dan Bandar Tun Razak telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan api dalam masa setengah jam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Khirudin berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini.
"Anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bancian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mangsa-mangsa yang terlibat ditempatkan di Dewan St. John berhampiran untuk sementara waktu,” katanya.
 – BERNAMA

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP