GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 7 Julai 2013

Saintis Amerika cipta bijirin setanding Viagra

Los Angeles: Jika anda menjadi lebih bersemangat dengan makan bijirin sarapan, tentu anda boleh lupakan Viagra. 

Memperkenalkan ‘Sexcereal’, sarapan pertama dunia membantu pembeli rasa teruja dengan memakan bijirin campuran termasuk erm, oat, bijirin chia dan serbuk maca. 

Pencipta ‘Sexcereal’, Peter Ehrlich berkata: “Sexcereal mesti memberi kesan yang baik, berzat dan sedap. 

Bijiran lelaki, wanita berbeza 

“Kemesraan yang intim dan perasaan cinta adalah sesuatu yang hebat. Jangan dengar cakap orang yang menafikannya.” 

Dicipta sekumpulan saintis Amerika Syarikat, penciptanya juga membezakan bijirin untuk lelaki dan wanita. 

Saran makan tiga sudu sehari 


Selepas ujian, laporan menyatakan, bijirin berkenaan ‘agak kuat’ dan anda disarankan hanya makan tiga sudu sehari dicampur dengan susu atau dadih. 

Bagi lelaki, bijirin itu mengandungi oat, wheat germ, gula kelapa, biji chia, biji sesame hitam, biji labu, blueberry (dimaniskan dengan jus epal), kacang cacao, beri goji, bee pollen, serbuk maca dan camu-camu. 

Campuran itu bertujuan meningkatkan tahap testosteron dan tenaga. 

Imbangi hormon wanita 

Bijirin wanita pula dicipta untuk mencetuskan serta meningkatkan rangsangan dan mengimbangkan hormon. 

Bezanya, selain kandungan yang sama dengan lelaki, ia juga ada biji bunga matahari, biji flax, almond dan serbuk halia. 

Serbuk maca dihasilkan daripada satu akar yang ditanam di Peru dan dipercayai dapat membantu merangsang tubuh menghasilkan hormon seks. 


- AGENSI


Read more...

2 Gambar,Basikal mesra alam serba guna

SEBUAH basikal mesra alam didakwa boleh digunakan sebagai pengecas pelbagai alat elektronik termasuk iPhone dan kamera.

Basikal terapung hasil ciptaan bersama Michael Strain, Ramerio Diaz dan Brandon Hartley di bawah nama Dezien itu menggunakan port bas bersiri semesta (USB) yang dipasang pada hendal dan kayuhan pedal dikatakan turut menghasilkan tenaga.

Rangka berbentuk segi tiga itu dihasilkan daripada bahan berkualiti yang biasanya digunakan untuk permukaan di dapur.  


Generator basikal ini akan terus menyimpan tenaga menerusi kayuhan pedal

Menurut laporan media DailyMail, ia dilengkapi monitor skrin sentuh yang akan memaparkan jumlah tenaga elektrik dan kadar denyutan jantung si penunggang.

Jurucakap Dezien berpusat di Texas memberitahu projek itu menekankan konsep berbasikal sambil menghasilkan tenaga yang bersih, sihat dan mapan.

Menurutnya, basikal tersebut juga mempunyai kemudahan WiFi yang boleh digunakan untuk mengakses internet.

* Sumber sinar


Read more...

Atlet SUKMA dakwa dir0gol peserta lelaki

imej

Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. 

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. 

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

* BH


Read more...

Sabtu, 6 Julai 2013

6 Gambar,Bayi baru lahir ditanam hidup-hidup


Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Seorang petugas berusaha mengeluarkan tubuh bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup di hutan Mandleshwar, Madhya Pradesh, India. Bayi ini dikubur dalam hutan yang dipenuhi haiwan buas. Dailymail.co.uk

BHOPAL - INDIA - Bayi perempuan baru dilahirkan berusia sehari dan ditanam hidup-hidup di hutan Mandleshwar di tengah Madhya Pradesh dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Dipetik India Today, mangsa yang turut mengalami pendarahan hidung ditemui dua penduduk tempatan pada 29 Jun lalu selepas mereka mendengar tangisan bayi malang itu.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut termasuk meneliti rekod kelahiran di hospital berikutan kejadian pembunuhan anak perempuan semakin berleluasa di negara itu.

Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Petugas ketika menggali lubang tempat seorang bayi perempuan dikubur hidup-hidup di sebuah hutan di India. Bayi ini hanya dibungkus dengan selembar kain. Dailymail.co.uk

Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Petugas membawa bayi perempuan yang dikubur ke rumah sakit terdekat untuk mendapat rawatan. Ketika ditemukan bayi malang ini mengalami pendarahan dari hidung dan mulutnya. Dailymail.co.uk

Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Seorang Jururawat ketika menangani bayi yang baru dikubur hidup-hidup. Bayi perempuan ini diperkirakan berusia sehari dan sudah terkubur semalaman. Dailymail.co.uk

Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Bayi perempuan ini meninggal sehari setelah mendapatkan perawatan kerana lukanya yang serius. Peristiwa ini menunjukan praktek Foeticide masih marak di India. Dailymail.co.uk

Bayi Perempuan Dikubur Hidup-hidup di India
Perawat saat memandikan bayi perempuan yang meninggal di India. Pembunuhan terhadap bayi perempuan marak di India karena mereka lebih menyukai untuk membesarkan anak laki-laki. Dailymail.co.uk

* Sumber


Read more...

Pengkid bakar rumah kekasih

ROMPIN: Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya. "Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.
Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.
Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis. 
-BERNAMA

Read more...

Atuk 92 Tahun Nikahi Gadis 22 Tahun

Petani Iraq, Musali Mohammed al-Mujamaje (92) menikahi Muna Mukhlif al-Juburi (22) di Samarra, Iraq, Kamis (4/7/2013). Hari perkahwinannya bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih belia. | AFP / GETTY IMAGES

Samarra - Perbezaan umur 70 tahun bukan rintangan bagi Musali Mohammed al-Mujamaie untuk menikahi Muna Mukhlif al-Juburi pada Kamis (4/7/2013) petang lalu. Bahkan pesta pernikahan sang datuk ini berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya.

Pejabat berita AFP, Jumat (5/7/2013), melaporkan, perkahwinan Mujamaie yang berusia 92 tahun dengan Juburi yang berusia 22 tahun ini berlangsung di sebuah kampung di utara ibu kota Iraq, Baghdad.

Mujamaie yang seorang petani ini berkahwin lagi dengan Juburi tiga tahun selepas kematian isteri pertamanya yang berusia 58 tahun. Bersama isteri pertamanya ini, Mujamaie mempunyai 16 anak yang tinggal bersama dalam rumahnya di Kampung Gubhan, yang terletak sedikit di selatan bandar Samarra, Iraq tengah.

Mujamaie dalam komentarnya, Jumat (5/7/2013), mengaku sangat bahagia dengan perkahwinannya, apalagi berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih remaja.

"Saya sangat bahagia boleh berkahwin bersama cucu saya," ujar Mujamaie kepada AFP seusai pesta perkahwinannya. "Saya seperti kembali berusia 20 tahun."

Dikatakan, perkahwinan bersamaan dengan dua cucunya yang berusia 16 tahun dan 17 tahun memang sudah dirancang. Begitu dia akan berkahwin dengan Juburi, perkahwinan dua cucunya ini juga ditangguhkan untuk bisa berlangsung serentak. Jadi, ada tiga perkahwinan pada hari yang sama.

Upacara dan pesta pernikahan ini berlangsung empat jam, dihibur dengan muzik dan tarian serta selebrasi tembakan. Upacara perkahwinan ini dihadiri kepala suku setempat dan pemuka agama. Semoga bahagia Mujamaie.

* Sumber kompas.com


Read more...

Bekas ratu Malaysia bakal terima RM2.3 bilion

Bekas ratu Malaysia   bakal terima  RM2.3 bilion
London: Seorang bekas ratu cantik Malaysia berpeluang untuk memperoleh pampasan cerai termahal di Britain sebanyak 500 juta (RM2.3 bilion) selepas berpisah dengan suaminya yang bertaraf jutawan. 

Pauline Chai (gambar), 66, yang tinggal di bekas rumah mereka di kawasan seluas 404 hektar di Hertfordshire, menuntut separuh harta Khoo Kay Peng, antara ahli perniagaan terkaya Malaysia. 

Kes mula didengar kelmarin di Mahkamah Tinggi di London. Khoo, 74, mahu kes itu dibicarakan di Malaysia. 


Ini kerana di Britain beliau mungkin bertanggungjawab ke atas 50 peratus kekayaannya tetapi di negara kelahirannya, Khoo tidak perlu menyerahkan jumlah sebesar itu. 

Peguam Khoo, Tim Bishop, memberitahu Mahkamah Tinggi jika kes terbabit diteruskan di Britain, ia akan meningkatkan reputasi negara itu sebagai ibu negara perceraian di dunia, lapor The Times. 

Undang-undang memerlukan seseorang berada di negara itu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memfailkan petisyen cerai. 

Bishop berkata, jika seseorang dibenarkan datang ke England selama tiga bulan, mengeluarkan petisyen palsu dan kemudian mengeluarkan petisyen kedua apabila berjaya. 
Namun, peguam Chai, Richard Todd, berkata anak guamnya bertindak mengikut undang-undang. 

Chai kini mahu memfailkan petisyen kedua menunjukkan beliau memenuhi kriteria itu melepasi keraguan. 

Khoo, Pengerusi Malaysian United Industries, mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney. 

Beliau turut mempunyai saham 40 peratus dalam Laura Ashley yang mencatat jualan 286 juta (RM1.3 juta) setahun, selain menjadi pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park. 

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak, membeli hartanah di Hertfordshire termasuk koleksi haiwan pelik dan dua tasik buatan bernilai kes 60,000 (RM285,000) setiap satu. 


- AGENSI


Read more...

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta

SEBAHAGIAN daripada set makanan Maharaja Patalia yang dilelong di London kelmarin.

LONDON - Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.


Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.
Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.
Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.
Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.
Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.
"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.
"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.
- Agensi (kosmo!)


Read more...

Penjualan arak mungkin diharamkan di Indonesia

JAKARTA - Penjualan dan pengedaran arak di beberapa bahagian di Indonesia kemungkinan diharamkan selepas sebuah kumpulan radikal Islam memenangi kes di Mahkamah Agung, kata seorang pegawai semalam.
Walaupun Indonesia merupakan negara yang mempunyai penganut Islam paling ramai di dunia, penjualan minuman keras kepada sebilangan kecil yang meminumnya dan pelancong masih dibenarkan hingga kini.
Sejumlah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai pengaruh radikal Islam pernah memperkenalkan undang-undang kecil melarang urus niaga minuman keras.
Namun, peraturan itu tidak pernah dikuatkuasakan ekoran dekri presiden pada tahun 1997 yang melarang pemerintah tempatan mengambil tindakan sendiri.
Jurucakap Mahkamah Agung, Ridwan Mansyur berkata, Barisan Pertahanan Islam (FPI) kini berjaya mengenepikan dekri itu dalam semakan kehakiman di Mahkamah Agung.
"Mahkamah Agung telah menerima semakan mahkamah yang difailkan oleh FPI kerana dekri presiden gagal membawa keamanan dan ketenteraman awam kepada masyarakat Indonesia," kata Ridwan kepada agensi berita AFP.
Mahkamah mengeluarkan perintah tersebut pada pertengahan Jun lalu, namun pengumuman tersebut hanya dibuat secara terbuka sejak beberapa hari lepas.
FPI yang terkenal kerana membuat operasi serbuan di sejumlah bar dan kelab malam menyambut baik kemenangan itu sekali gus membenarkan pihak berkuasa tempatan melaksanakan undang-undang berkenaan.
"Semua penganut Islam Indonesia sangat gembira. Pemerintah telah menyelamatkan generasi daripada kesan negatif alkohol," kata pemimpin FPI cawangan Jakarta, Salim Alatas.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri Indonesia, Reydonnizar Moenek berkata, terdapat sejumlah pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan undang-undang itu.
Akhbar Jakarta Post melaporkan, terdapat 22 pihak berkuasa tempatan termasuk di beberapa kawasan sekitar Jakarta telah mengeluarkan larangan itu. 
- AFP


Read more...

Kini ada puak yang boleh kawin suka suka

Ipoh: Sekumpulan pendatang tanpa izin yang mendiami sebuah perkampungan haram di Klebang di sini, dikesan mengamalkan tradisi kahwin ‘suka-suka’ tanpa perlu bernikah dan mendaftarkan perkahwinan hingga memiliki anak luar nikah.
Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Perak dibantu Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, melakukan serbuan di lokasi yang terletak di Klebang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, seramai 39 warga asing lelaki dan wanita termasuk tiga bayi berusia antara empat bulan hingga dua tahun ditahan dalam ‘Ops Sapu’ yang diadakan di rumah kongsi berkenaan.

Salah seorang daripada wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Sri, 26, yang beragama Islam mengaku memiliki anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki keturunan Flores dari Nusa Tenggara, Timur Indonesia.
Foto
SEORANG pendatang asing disoal siasat.
Dia yang berasal dari Medan mendakwa melahirkan bayi lelaki berusia tiga bulan selepas bersekedudukan dan tinggal bersama lelaki terbabit yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Jumaat, 5 Julai 2013

Dah tak ada Lelaki dalam Dunia?,tergamak Wanita ini berkahwin dengan Jambatan

JODI bersama ‘pasangan hidup’ pilihannya.
Paris: Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.
Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.
Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.
Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.
Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. “Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.
Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.
“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.
Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama.
 - Agensi

Read more...

Lawan penjenayah dengan sejadah

SEGAMAT: Dua penjenayah, seorang daripadanya bersenjatakan pisau, lari lintang pukang selepas ditewaskan oleh seorang pelajar sebuah sekolah agama yang hanya menggunakan sejadah sebagai senjata ketika rumahnya di Bandar Putra di sini, dipecah masuk, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Abdul Hanan Hasan, 18, yang berseorangan di rumah serta bersekolah di sebuah sekolah agama di sekitar kawasan berkenaan terjaga daripada tidur ketika hendak ke bilik air. 
"Selepas solat Isyak, saya terlena di atas sejadah di ruang tamu rumah dan terjaga kerana terasa mahu ke bilik air. 

"Saya kemudian ke ruang tamu semula untuk melipat sejadah sebelum berjalan ke arah bilik dan terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menegur saya sambil mengugut supaya saya menyerahkan wang tunai serta motosikal jika mahu selamat," katanya.

Abdul Hanan berkata, dia kemudian mencabar lelaki terbabit sebelum penjenayah lingkungan 20-an itu menyerangnya.

"Saya menumbuk mukanya dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih memegang sejadah menyebabkan dia terjatuh ke lantai. 

"Bagaimanapun, tiba-tiba saya dipukul dari belakang dengan topi keledar oleh seorang lagi lelaki. Seorang daripada penjenayah terbabit mengeluarkan pisau dan cuba menikam saya," katanya. 

Abdul Hanan berkata, dia nekad menggunakan sejadah itu untuk menghalang tikaman sebelum berlaku pergelutan di antara mereka. 

Menurutnya, dia kemudian berjaya menjatuhkan pisau penjenayah selepas memukul lelaki terbabit dengan sejadah. 

Kedua-dua mereka kemudian berlari keluar sebelum memanjat pagar rumah dan melarikan diri. 

"Akibat bergelut dengan penjenayah, bahagian belakang badan luka, bahu kiri pula menerima lima jahitan selain calar di bahagian badan lain," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Hanafi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian. 

"Pelajar berkenaan bertindak berani, namun saya menasihati orang awam supaya segera memaklumkan kepada polis jika berdepan dengan perkara kecemasan seperti itu," katanya. 

Menurut beliau, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kedua-dua penjenayah dipercayai lingkungan 20-an. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

* Sumber myMetro


Read more...

Masyarakat hari ini semakin kasar


LOS ANGELES 4 Julai - Pakar mendapati tindakan masyarakat hari ini melemparkan kata-kata kesat, kini sudah menjadi satu kebiasaan, walaupun tindakan itu boleh menyakitkan orang lain.

Mereka percaya kata-kata kesat mencerminkan masyarakat dan perkataan yang diucapkan tidak terbatas termasuklah perlakuan seks, kata-kata kontroversi dan kata-kata serangan.

Malah kata-kata tersebut juga menerangkan tentang peribadi seseorang, termasuk latar belakang keluarga, kekurangan yang dimiliki seseorang atau lebih menyakitkan apabila mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menjatuhkan seseorang.

Kata-kata kesat selalunya dimulakan dengan ayat-ayat lucah seperti seks atau perbuatan yang tidak menghormati yang boleh menjejaskan serta memberi implikasi kepada agama.

Malah lebih teruk lagi, ia diteruskan dengan perkataan-perkataan lucah dan menyentuh fungsi badan seseorang yang tidak sempurna.

Seorang pengarang buku, Jesse Sheidlower berkata, masyarakat hari ini semakin terbuka apabila membincangkan berkaitan hal-hal seksual dan tidak seperti zaman lampau.

Sementara itu, seorang pakar bahasa John McWhorter berkata, generasi baharu sangat mementingkan diri sendiri.

Beliau merujuk perkara tersebut sebagai 'penderaan sosiologi' kerana mereka tidak merujuk kepada Tuhan, tetapi merujuk kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Pada masa lalu, penggunaan kata-kata kesat berkaitan bahagian-bahagian intim dianggap sebagai keterlaluan, tetapi kini perkara itu tidak lagi menjadi isu. 

- AGENSI

Read more...

Wanita sorok 40 tin susu formula dalam seluar

WEE SIANG menunjukkan imej tiga wanita yang dipercayai melarikan 40 tin susu formula menerusi rakaman CCTV sebuah pasar raya di Muar, Johor semalam.

MUAR – Kegiatan jenayah curi susu formula yang menggunakan modus operandi menyorok barang itu di dalam jubah dikesan kembali beroperasi di daerah ini.
Dalam kejadian terbaharu pada pukul 7.20 malam, Sabtu lalu, sebanyak 40 tin susu bernilai RM5,000 dilarikan oleh penjenayah tersebut di sebuah pasar raya di sini.
Menurut pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang, kehilangan susu itu disedari oleh pekerjanya ketika membuat pengiraan stok.
“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati penjenayah yang dipercayai lebih 10 orang menyamar sebagai pelanggan dan menyorokkan tin susu di bawah bungkusan biskut di dalam troli.
“Mereka kemudian membawa troli itu ke satu sudut tersembunyi dan memasukkan tin susu itu ke dalam seluar tiga wanita berusia 40-an dengan dibantu oleh dua lelaki,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
KOSMO! 

Read more...

Pondok Port Maksiat Roboh

Penduduk menggesa MDP mengambil tindakan segera memandangkan pondok roboh ini bukan sahaja berisiko mendatangkan kecederaan malah turut menjadi port maksiat golongan muda.

PEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.

Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.

Menurutnya, masalah tersebut sudah lama berlaku dan pihak pengurusan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.

“Pondok pertama roboh pada 2010 manakala sebuah lagi yang terletak berhampiran rumah penduduk telah roboh Jumaat lalu akibat ribut.

“Tapi apa yang paling kita kesali, setiap kali aduan dan gotong-royong dibuat, wakil pihak berkenaan hanya datang lihat dan ambil gambar keadaan pondok tersebut tetapi tiada tindakan sehingga ke hari ini,” katanya.

Selain itu katanya, bawah pondok roboh itu turut dijadikan tempat memadu asmara anak-anak muda yang tanpa segan silu melakukan maksiat.

“Kegiatan tidak bermoral ini sudah tentu meruntuhkan akhlak anak muda yang sepatutnya memanfaatkan masa muda mereka dengan perkara berfaedah.

“Sebab itu kita gesa pihak berkaitan supaya ambil tindakan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permata, Ismailudin Sulaiman yang dihubungi turut mengakui keadaan itu dan mengesahkan bahawa aduan dibuat kepada Majlis Daerah Pekan (MDP).

“Sudah banyak kali kita buat aduan tetapi sampai sekarang tidak dipedulikan.

“Kita kesal dengan MDP kerana tidak prihatin dan peka tentang perkara ini walhal masalah ini sudah berlarutan hampir tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat semakan mengenai aduan tersebut dan memberi maklum balas dengan segera.

* Sumber sinarharian


Read more...

PRK Kuala Besut: SPR Tetapkan 24 Julai Hari Pengundian, 12 Julai Penamaan Calon

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai sementara penamaan calon pada 12 Julai.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.
"Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.
* Sumber

Read more...

Dalam Kandang pun jadi untuk puaskan Nafsu

KANDANG disediakan pemilik premis sebagai bilik aktiviti seks.
Kuala Lumpur: Mencari kelainan untuk menarik pelanggan. Itu taktik digunakan pemilik pusat hiburan yang menggunakan konsep kandang yang dibina sebagai ruang pelanggan memuaskan nafsu.
Kandang menggunakan tirai buluh itu dikesan polis yang melakukan serbuan di premis di Taman Segar Cheras, di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama tujuh anggota menahan 17 GRO warga asing berusia antara 17 hingga 27 tahun jam 10.30 malam. 

Mohamad berkata, siasatan mendapati GRO terbabit dihantar ejen ke pusat hiburan berkenaan dan kadar tip serendah RM50 bagi melayan pelanggan minum. Sekiranya mahu mengadakan hubungan seks, pelanggan dikenakan bayaran dari RM300 hingga RM450.
Menurutnya, ketika serbuan di tingkat dua premis perniagaan itu, ada GRO yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun tindakan mereka tidak berhasil.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Khamis, 4 Julai 2013

7 Pasar Malam Paling Terkenal di Dunia

1. Pasar Malam Ratchada, Bangkok, Thailand

Setiap Sabtu malam, parkiran di Stesen MRT Ratchadapisek selalu ramai. Ada banyak pelancong dan penduduk tempatan yang berkumpul di sana. Inilah salah satu pasar malam yang terkenal di dunia.

Jalan-jalan ke sana, pelancong boleh mencari jins antik, tas kulit, kamera jadul, dan pelbagai perabot lain. Asyiknya, pembeli dibenarkan menawar untuk mendapat harga murah.


2. Pasar Malam Musim Panas Richmond, Kanada

Pasar Malam Musim Panas alias The Summer Night Market di Kanada menyajikan banyak hiburan untuk pengunjung, seperti pertunjukkan tari. Pada hujung minggu, pasaran yang berada di pinggiran Bandar Vancouver ini diisi oleh 200 surat khabar.

Meski berada di Kanada, ternyata beberapa gerai menjual aneka makanan khas China, Thailand dan Itali. Jika berani menawar, anda boleh mendapatkan alat dengan harga sangat murah.


3. Pasar Malam Chiang Mai, Thailand

Ini adalah salah satu pasar malam yang paling menarik di Thailand. Pasar Malam Chiang Mai berada di tiga blok dari jalan Chang Klan.

Sepanjang pasaran ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai aksesori lucu dan tentunya makanan. Yang paling menarik adakah kehadiran para seniman. Dengan mahir mereka akan membuat lukisan wajah anda yang sesuai untuk dijadikan cenderamata.


4. Pasar Malam Marrakech, Maroko

Pasar malam di Marrakech, Maghribi adalah syurga bagi pencinta wisata kuliner. Inilah tempat di mana anda boleh mencari pelbagai macam makanan yang lazat, seperti ayam bakar.

Tak cuma makanan, pasar malam ini diramaikan dengan live music, pelukis dan ahli nujum yang siap membuat percutian anda tidak biasa. Untuk yang senang tatu, jangan terlepas untuk menggambar tangan dengan tatu henna di tangan atau kaki.


5. Pasar Malam Suzuki, Australia

Pasar Malam Suzuki di Melbourne, Australia hadir hanya setiap hari Rabu malam, dari bulan November hingga Februari. Penjaja di sini merupakan pendatang yang berasal dari India, Ethiopia, Belanda, Sepanyol dan Vietnam.

Berada di tempat terbuka, ada banyak gerai yang menjual pelbagai barangan menarik di sini. Selain itu, ada juga macam-macam makanan dan jajanan yang memanjakan lidah.


6. Pasar Malam Ningxia, Taiwan

Kalau kebanyakan pelancong kenal Pasar Malam Shilin, Taipei di Taiwan masih punya pasar malam yang tak kalah seru, Ningxia namanya. Pasar malam ini ternyata sudah ada sejak 60 tahun lalu.

Ada lebih dari 200 kedai surat berdiri di pasar malam ini. Kebanyakan tentu saja menjual aneka kuliner khas Taiwan yang lazat.


7. Pasar Malam Barranco, Peru

Ibukota Peru, Lima juga punya pasar malam yang tak kalah ramai, yakni Pasar Malam Barranco. Sesuai namanya, pasaran ini berada di Daerah Barranco. Datang ke sana, anda akan menemui banyak cenderamata khas Peru, seperi syal bulu alpaca.

* Sumber


Read more...

Aktres S3ksi dan kontroversi Indonesia Nikita Mirzani bakal berkahwin tahun depan

Nikita Mirzani

WALAUPUN dirinya berdepan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, namun kehidupan aktres cantik, Nikita Mirzani, sama seperti wanita lain.

Serius dalam hubungannya bersama kekasih, Sajad Putera, Nikita mengakui bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Menurut Nikita, setakat ini, mereka telah menyediakan beberapa persediaan agar tidak segala rancangannya berjalan lancar.

"Kami sepakat memilih tahun 2014 untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, sehingga kini, tarikh yang tepat belum diputuskan lagi.

"Namun, ianya bukanlah majlis besar-besaran. Kemungkinan besar, saya hanya mengundang tetamu daripada kalangan saudara mara terdekat sahaja," katanya.


* Sumber


Read more...

2 Gambar,Ombak Tinggi Landa Pulau Pinang

Seorang penarik beca kelihatan melalui ombak kuat ketika melintasi Padang Kota Lama di George Town pada Khamis. Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.
Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Jumaat.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini Khamis.
Ombak kuat kelihatan menghempas tebingan di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda perairan Pulau Pinang, di George Town dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam. 
Jurucakap Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi berkata, fenomena angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
 Foto BERNAMA
Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.
"Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.
"Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini," katanya.
 - BERNAMA

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP