GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 28 Julai 2013

Biar betul,Reality Show Beri hadiah Bayi kepada Peserta

(Foto: metro/facebook)

PAKISTAN - Sebuah game show prime time di sebuah televisyen Pakistan membuat penontonnya terkejut ketika pengacara memberi hadiah sebuah bayi. Program ini pun dibuat untuk meningkatkan kedudukan televisyen tersebut.

Aamir Liaquat, pembawa acara Amaan Ramazan di Pakistan setakat ini telah memberikan dua bayi untuk pasangan tanpa anak di sebuah acara selama Ramadan. Bayi tersebut adalah anak yang dibuang ibu bapanya.

Sambil memegang seorang anak dalam pelukannya di acara tersebut berkata, "Ini adalah gadis cantik yang dilemparkan di tumpukan sampah oleh seseorang. Lihat betapa indah dan polosnya dia," kata Aamir, seperti dilaporkan Metro, Minggu (28/7/2013).

Anak itu kemudian diserahkan kepada pasangan suami isteri Riaz-ud-din dan isterinya oleh kepala chhipa (CORR) Welfare Association, di mana CORR menyelamatkan bayi ditinggalkan tersebut. Sang istri yang menerima bayi tersebut pun menangis serta menggambarkan anak yang diberikan kepadanya sebagai hadiah Ramadan.

"Ini 14 tahun yang penuh kesulitan, orang-orang meminta saya untuk berkahwin lagi, tapi saya tetap sabar dan juga meminta isteri saya untuk bersabar," tambah sang suami.

Ramzan chhipa, yang menjalankan persatuan "penyediaan anak" itu menambah, "Kami mempunyai banyak bayi yang ditinggalkan begitu saja, yang tersisa di sampah atau tempat-tempat kotor yang lain."

"Seringkali kita hanya mencari tubuhnya saja sehingga mesej kita yang kita buat adalah untuk memberitahu orang-orang untuk membawa bayi mereka kepada kami, tidak hanya meninggalkan mereka."

Sumber okezone.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP