Bila isteri tak Cantik lagi
Semalam kawan terima e mail sahabat kawan nama Remy Ganas..dia pun ntah dapat kat mana e mail ni..Jadi kawan ngajak kongsilah sama sama yer..samada yang pernah membaca atau pun yang belum...sebak juga rasa kawan..
Untuk renungan dan perhatian isteri isteri dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung renung kan lah.
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa sahaja kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik..
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sebagai tanggung jawab untuk anda memperbaikinya. …
InsyaAllah. ……
14 Merujuk kepada perkara diatas :
Sedih sy baca ceta nie...bila isteri sibuk menguruskan semua hal umah tangga...tak ada masa utk diri...suami pulak sibuk nak cari...
incik relevan...
sebagai suami & orang lelaki.. apa pandangan incik? Adakah incik melihat isteri yang setiap hari menguruskan rutin hidup yang tersangat pack sebagai seorang yang harus dipersiakan, dikecewakan? Hanya kerana tuntutan "mata".
Atau adakah seorang "suami" sanggup diperlakukan oleh isteri seperti perkara di atas. Penin penin penin..
Kalau tak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyikan... Ptg ni nak kena jogging ler. Nak kasi perut nipis. he he he
lelaki yg menilai fizikal akn mencari 1000 alasan tuk tinggalkn kita,mrka juga akn mencari brmcam cara tuk dkatkn diri pd seseorang yg berkenan dimata..sbnarnya itu bkn jodoh yg trbaik..sbb tu tuhan leraikan jodoh smpai situ.soon or later ada yg lg baik yg telah allah sediakan..percaya lah krn Dia adil..
sian...sian...
nok wat gone. dah takdir dia gitu....janji jangan koi jadi gitu doh le...
itu cerita isteri dia.. tapi cerita dia macamana..
Semoga koi tak jadi gitu. Koi cayang wehhh bini koi.....
Salam Relevan..
Lelaki oh Lelaki..asyik nak menggatal tak abis2..tapi tak semua lelaki macam tu..ada juga yang masih sayangkan bini walaupun bini dah macam belon..
Lelaki yang nak menggatal tu eloklah disunatkan sekali lagi..
Sebak terus bila bila cerita ini. Kedukaan seorang perempuan lebih pedih dari tusukan pisau di badan!
I don't know what to say...
Salam.. suma lelaki sukakan kecantikan uang ada pada pompuan, dan bukan suma lelaki gak yang senang2 bleh terbuai ngan pompuan.. ada juga yang masih kuat iman biarpun bergoncang, kalau sampai kecurangan tu sampai ke hubungan seks.. itu tandanya lelaki tu takde cinta dalam hatinya, ngan pompuan baru tu pon hanya sekadar hubungan seks saje.. jadi pilihlah pasangan dgn betul2
tumpas kerana nafsu la tu..so jage lah nafsu anda wahai kaum ku..ramadhan ni lah mase terbaik kite perbaiki dan menundukkan nafsu yg makin meliar
Salam Releven Sokmo,
"hati perlu betul, jika tahu apa yang dibuat itu tiada betul - jangan buat".
Deme tu tak merasa lagi mati bini. Klu dah rasa baghu tau. Bayangkan aok dah tua, anak ramai, ada yg masih sekolah, tetiba bini mati. Aduih! Nak cakap tak kene...
Orang muda semua mudah,
kalau dah tua barulah....
sebelah pihak juga harus didengar tanpa menghukum terus pihak suami..
cumanya jika dah sampai tahap melakukan hubungan seks, ini sudah melampau!!...
waspadalah!!.. ancaman nabi pada org yg sudah berkahwin apabila dia berzina adalah rejam apabila cukup segala syaratnya.. nauzubillahi min zalik...
Tunggu ketika saat perempuan yang dia gilakan itu bermain kayu tiga dan meninggalkan dia nanti.... tengoklah bagaimana hina dan merempatnya .....lelaki yg bernama suami itu.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.......
Catat Ulasan