GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 Ogos 2009

Cerita Sang Dubuk

Satu masa di zaman dulukala..Lokasi sebuah hutan belantara yang belum diterokai oleh mana mana pihak..

Satu pagi yang hening Sang Serigala mengajak Sang Dubuk pergi berburu..

'' Weeh Dubuk moh kite pergi berburu..stok kita pun dah tak seberapa''..ajak Sang Serigala..

'' Koi malas lah Serigala''..jwb Sang Dubuk..

'' Lor malas amendanye Dubuk..kita berburu bukan kene permit pun..hutan ini kita yang punya''..tegas Sang Serigala..

'' Koi nak tunggu je hasil buruan Maharaja Rimba..nak kebas jer..apa susah''kata Sang Dubuk..

''Aok ni Dubuk harap taring je panjang..semua nak harapkan orang punya..ingat Maharaja Rimba tu nak ke bagi subsidi kat aok?''..Sang serigala berkata lagi..

'' Koi peduli apa..kalau dapatlah bukan hasil buruan je yang koi nak kebas..jawatan dia pun koi nak rampas''..kata Sang Dubuk..

'' Amboih aok ni Dubuk bukan main lagi..Lagi seperkara aok ni Dubuk cakap jer besor tapi habuk pun takder..Suka pulok nyalahkan orang lain..Bila orang tegur sikit mulalah melenting..buat heboh sana sini..gembar sana gembur sini hasilnya tarak..malas lah koi layan aok''..kata Sang Serigala yang mula meninggi suara.

Sang Dubuk diam tak berkata apa sambil memandang Sang Serigala berlalu pergi..

Selepas kejadian itu tiada perkhabaran berita dari Sang Dubuk untuk Sang Serigala..cuma Sang Serigala ada mendengar khabar khabar angin menyatakan Sang Dubuk telah hampir berjaya menakluk sebahagian daripada hutan belantara itu daripada Maharaja Rimba dan juga Sang Dubuk telah mula rajin keluar berburu..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Eyna's 19 Ogos 2009 pada 9:24 PTG  

Baguih betul si dubuk dgn serigala ni yek...pekat weh cakap pahang nyer..hehehe


Dan yg paling pandai...tukang buat crite,,,
sronok weh koi bace...
kalau bcerita kat bebudok ni...mau tengange mulut diorang ndengor cite...

endiem 19 Ogos 2009 pada 9:27 PTG  

koi nak tumpang berburu dengan serigala.. tak yah pakai permit..

hai 19 Ogos 2009 pada 10:21 PTG  

cerita yang penuh bermakna!!

pOnstan 20 Ogos 2009 pada 11:03 PTG  

The trOuble with a kitten is that when it grOws up, it's always a cat.

langkasuke 21 Ogos 2009 pada 1:17 PG  

mendalam ni.. boleh disalah ertikan..

hehehehe..

Hanisham Ab Halim 21 Ogos 2009 pada 9:04 PG  

Abg syed,
Aok tuju kat sapa wehhhh cite ni. Lain macam je maksudnyer....

abu muaz 21 Ogos 2009 pada 11:08 PG  

Aku tak tahu nak sokong serigala ke dubuk.

Kalau sokong dubuk aku boleh jadi kaya sebab hutan separuh dah jadi miliknya. Tentu kayu balak banyak kat dalam tu....

Kaya bro. kaya niiii....esok pergi jabat hutan tengok kawasan mana yg ada lagi.

deanz 21 Ogos 2009 pada 11:57 PG  

tuan syed,
Awas Raja rimba kalau buat turn over...habis semua di takluk balik.. :)

slamat menjalani ibadah puasa...

Relevan 21 Ogos 2009 pada 3:39 PTG  

* Yer Eyna..tq

* Moh..endiem kat sg salan pun bagus berburu..he he..

* Betul ngat hai..tersangat bermakna disebalik cerita ini..

* Double trouble ke p0nstan..

* Yer nasri..hanya cerita saja dan jgn disalah ertikan ..

* Ada maksud tersirat tu Echam seket2..

* Salam ziarah al mankaraqi..slmt posa..

* Balak dah nak habis dah kat Pahang ni en Abu Muaz..

* Betul Deanz..kita tunggu je PRU yang ke 13 akn datang.. he he he..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP