GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 23 Februari 2010

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.. ( selanjut klik disini )

*** Dalam institusi kekeluargaan / kerumahtanggaan pun wanita sudah lama boleh membuat keputusan walaupun berjawatan sebagai surirumah..

Sebagai Contoh..

1. Setiap kali menjelang Hari Raya
2. Setiap kali ada jualan murah
3. Setiap kali suami dapat gaji
4. Setiap kali pergi melancong
5. Setiap kali menerima menantu

** Jangan pula kawan dibaling antan lesung batu apabila membaca contoh contoh diatas.. heh!

25 Merujuk kepada perkara diatas :

Che' Pit 23 Februari 2010 pada 8:40 PG  

err kat opis ni
ketua pusat 6 perempuan, 1 je lelaki..

pengarah lelaki, timbalan pengarah semua perempuan..

jumlah pensyarah lelaki tak sampai suku jumlah pensyarah perempuan.. kesian kami kan, huhu

Tanpa Nama ,  23 Februari 2010 pada 8:40 PG  

Salam bro..koi tak kuasa la nak buat decision atas gaji asben koi tp klu bil x byr, sndiri mau ingat maa..hehe

dan..koi blm tima menantu.. :P

ps: cmna ppuan x ramai dlm perkhidmatan awam, org lelaki bz dgn motosikal n lbh minat jd doktor!

:)

hai 23 Februari 2010 pada 8:58 PG  

orang pompuan memang lebih bijak dalam pengurusan ekonomi rumahtangga..nak harap suami,x abis bulan lagi dah miss soruuu.....

Aku Anak Pahang 23 Februari 2010 pada 9:11 PG  

Kadang molek juga org pompuan nie duk diatas akan tetapi kita sebagai org lelaki ini eloknya duduk di posisi itu huhuhuhu.......

Frodo Baggins 23 Februari 2010 pada 9:21 PG  

hahahahahha ...

agak lemas di situ!

>>___<<


tak terlibat kew dalam hal suami nak kawen lebih?

Relevan 23 Februari 2010 pada 11:40 PG  

* Ha ha Che Pit..sememangnya kesian kat aok..

* Wslm Intan..betul Intan..orang lelaki suka bermotor dan menjadi doktor..kena faham ni..

* Orang lelaki adakala tak tau beras dah habis kat rumah ye Hai..

* Kekalkan posisi diatas tu en Yassin..adakala kita kena juga kebawah..itu pun atas kehendak perempuan juga..

* Nanti kau tau juga akhirnya Frodo..

* Tak jeles lah Ryna..cuma sedikit perasaan ketidak seimbangan itu muncul..

zulkbo 23 Februari 2010 pada 11:54 PG  

alhamdulillah..setakat ni koi masih pembuat keputusan mutlak dalam family koi..orang umah hanya sebagai penasihat agong merangkap setiausaha..he he

Tanpa Nama ,  23 Februari 2010 pada 12:04 PTG  

hebat. nak jadi perempuan ler plak

Tanpa Nama ,  23 Februari 2010 pada 2:08 PTG  

arini my last day berentry~
aku akan ilang tuk jangka masa yg lama~
ko jaga diri~
tankiu sgt2~
rindu kat ko nti~

Relevan 23 Februari 2010 pada 3:32 PTG  

* Bagus tu Zul..kekalkan kewibawaan kaum lelaki..

* Oprate je Ahfatt..nanti senang2 kawan boleh gorat ko..

* Yer ayu?..take care..nanti kome merindui kamu juga..

* Erk..tanpa nama?..berapa pintu buka sampai ke Vegas pulak dah..

sonata anak kancil 23 Februari 2010 pada 4:03 PTG  

saya jarang buat keputusan....! tetapi keputusan dari kata sepakat...sebelum kata sepakat dapat..saya akan jelaskan rasional begitu begini....bila partner saya dengar ade logiknya....dia pun okey!

tapi bab suami dapat gaji....keputusan membeli barang saya lah!

al-lavendari 23 Februari 2010 pada 4:14 PTG  

Komen berikut saya kopipes dari komen saya kepada Ikan Emas yang membawakan isu yang sama.

"tak kisahlah .. lelaki ke perempuan. yang penting capability. kalau nanti semua lelaki jadi suri rumah .. apa salahnya ? biarlah perempuan yang bekerja .. jadi polis, askar, cikgu, bomba, hakim, doktor dsb. sebab mereka cerdik, teliti dan bersungguh2."

Hanisham Ab Halim 23 Februari 2010 pada 5:25 PTG  

Keh2.... abg syed, akok kat umoh pembuat keputusan yang camne???

deus X machina 23 Februari 2010 pada 5:59 PTG  

koi sangat bersetuju dengan 5 contoh tu
walaupun koi belum nikah lagi
erk888

mr.kordes 23 Februari 2010 pada 7:32 PTG  

kakakahH!!tau dek akak ni...kakakahH!!

Aida Ali 23 Februari 2010 pada 9:26 PTG  

Pokoknya perempuan dan lelaki kenalah bekerjasama dalam banyak hal. Barulah selamat dan seronok hidup ini.

piewahid 23 Februari 2010 pada 10:45 PTG  

bior la dia org nak duk atas, ada mse nak ke atas, ande mase nak duduk bwh. tengok mood la...

zetty 24 Februari 2010 pada 12:41 PG  

lelaki makin pupus...lalalal....rmai y kat pusat serenti..betol x??...

Tanpa Nama ,  24 Februari 2010 pada 10:07 PG  

tak kisah kalo dapat bos pompuan janji funny, ada life, openminded, suara tak nyaring dan paling penting mesti cun hehehe...

Alimaz-Kembara Terasing 24 Februari 2010 pada 4:03 PTG  

salam...tak mungkin...semua tu tak betoi....

Hashim Zabidi 24 Februari 2010 pada 10:41 PTG  

Ada harapan cerah nak tukar kemudi...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP