GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 3 Februari 2010

Tersungkur di mesin ATM Bank Islam

Oleh kerana poket kawan telah berlaku kesusutan dengan RM..setelah berhari hari membayar segala hutang piutang membayar segala bil bil yang tertunggak dan tidak tertunggak maka duit pun tingallah beberapa helai nipis dengan jumlah mata wang yang amat tidak memberangsangkan..

Maka kawan pun melangkah longlai untuk mengeluarkan RM yang masih bersisa disebuah bank ternama didalam bandar tempat kawan ini..

Setelah memasukkan kad..dan mengesahkan no pin..kawan pun terus ke menu baki.. masih berbaki lagi rupanya..kawan tekan pula kearah pengeluaran dan menekan RM150..'' Plap !!!..dengan tiba tiba mesin ATM tersebut menjadi gelap..hilang semua angka dan ayat ayat yang tertera pada skrin...

'' Arh ..sudah ''...kawan terus mendapatkan seseorang yang bertugas di kaunter bank tersebut seorang wanita yang manis sentiasa tersenyum..kawan bagitau dia mesin tersebut tiba tiba jadi gelap dan kad ATM kawan masih dalam mesin itu..

Tiba tiba pak Guard yang mengawal sekitar mesin tersebut memanggil kawan bahawa kad ATM kawan telah keluar ..tapi skirn masih gelap lagi..pertugas kaunter memberitahu kawan.. cuba mesin yang disebelah pula..Ohh! baki telah susut..pengeluaran dibuat sebanyak RM150..

Kawan mendapatkan pertugas kaunter dan beliau berkata..'' Encik isi borang aduan ni dan tunggu sepuluh hari bank kami akan memasukan semula RM150 encik itu..kata beliau dengan lembut..

Dan kawan mula bercakap dengan nada yang agak tinggi.. '' Macam mana kalau saya terdesak sangat nak menggunakan wang seperti hendak membayar loan kereta yang sudah tertunggak 3 bulan atau pun jika saya hendak membayar hantaran perkahwinan dalam dua ke tiga hari lagi..adakah saya akan menunggu untuk sepuluh hari juga...

'' Yerr..sebab mesin ATM ini ada vendor lain yang uruskan..borang yang encik isi tadi kena hantar ke Kuala Lumpur dahulu '' jawab petugas kaunter itu..

..Kawan melangkah keluar dengan longlai..dalam hati mula berkira kira mau tutup sahaja akaun kawan dibank ini..

*** Esok pagi kawan terpaksa bekerja keras dengan mengumpul tin dan kotak kotak lebih banyak lagi..lebih daripada kadar biasa..

32 Merujuk kepada perkara diatas :

Granny Hani 3 Februari 2010 pada 6:18 PG  

Haru...
kalau kita di tempat dia pun camtu jugak lah emosi kita di waktu itu..tak per, minggu depan gaji sekali lagi..hehehe..

Aku Anak Pahang 3 Februari 2010 pada 7:34 PG  

Nie dah kes maru...patutlah ada cubaan membawa lari mesin ATM ini... kawan harap aok tak gitu..hehehehe.

kelompen 3 Februari 2010 pada 7:37 PG  

weh aok..koi pernoh kena.
oleh kerana P&P yg entah hape hape kita menjadi mangsa. siot tul Empehrudin tul. bulo la mate dengan penuh tak bermayanya .mujo pegi dgn rodong, ble la juga pinjam sesepuluh dua. kalu pg sorang, kiok la. minyak pun dah E..

Hairun Azmi 3 Februari 2010 pada 7:51 PG  

Relevan : Dugaan tu..

Kelompen : E tu maksudnya ENOUGH..Tak yoh risolah yak...

deus X machina 3 Februari 2010 pada 7:52 PG  

nasib baik tak penah kena camtu
tapi kalau kena ngamuk la gak
penah dgr kes-kes camni
kena selalu call bank tu barulah setel..
kalau tak...wat bodo jew le bank tu


erk888.blogspot.com

hai 3 Februari 2010 pada 8:37 PG  

ala..siannya!!sedih plak koi baca ayat hok bwh skali tu..

Saliza 3 Februari 2010 pada 8:44 PG  

Encik Relevan,
Gitu lah pulok ye? Ngape la payah ngat gitu, pd hal bkn salah kita pun..

endiem 3 Februari 2010 pada 8:45 PG  

kesian aok, koi biasa juga kena macam tu, tapi kadang2 tak sampai 10 hari dah ada balik duit tu dalam akaun kita. esok aok gi semula cucok mungkin ada.

Ateh Nour 3 Februari 2010 pada 8:50 PG  

Assalamualaikum, harap bersabar, anda akan dilayan 10 hari lagi....weh kesian ke aok yek...keh dapat rasakan kehampaan aok tu...cam ginilah keh cadangkan bila aok dapat gaji tu aok terus keluarkan sikit amaun dan letokkan ke bank lain untok kecemasan.

Kita mesti ada 2 atau 3 akaun untuk kecemasam camgini....bior sikit amaun pon, asalkan bila cemas aja kita boleh keluarkan.

aRien de GreaT 3 Februari 2010 pada 8:51 PG  

xblh jdi..uncle kena tegas...kawan arin pun dh kena cmni..tiba2 lup...xde pape..diorg ni pe mnde nth..cuai...kawanarin hritu xsmpai 10hri pun..pegi je tya selalu..xtau la klu bg uncle 150 tu sket..tpi tu la...klu org btul2 trdesak cmner...hmmm

Tanpa Nama ,  3 Februari 2010 pada 9:14 PG  

haah~
aku kne kat atm cimb~
nak nanes time tu bile tgk rm300 aku burn camtu~
padahal aku tak penah kuarkan pon~

sib baek seminggu pastu rm300 tu ade balik
tu pon pas aku rujuk balik kat bank~
geram2~

Sharinginfoz 3 Februari 2010 pada 9:23 PG  

hmmm harap dapat cari formula lain untuk memudahkan customer.. tak sure berapa lama duit boleh dapat balik kan... bukan salah kita pun...

Siapa Nak Promo Blog???

Boleh Jadi Kaya if Tak Merokok????

Siapa suka makan kerang????

Tanpa Nama ,  3 Februari 2010 pada 9:55 PG  

dia punya salah kita lak tanggung. Teruk betul servis bank tuh..

mama affan 3 Februari 2010 pada 9:56 PG  

penah gak alami maser nih..tp deposit duit..bayar duit kete tiba2 mesin buduh 2 out of service..dah la maser 2 dah terlambat bayar..mmg naya..tp cimb..nak tak nak tunggu la..

pB 3 Februari 2010 pada 11:31 PG  

kdg kdg lebih baik pakai buku jer

Che' Pit 3 Februari 2010 pada 11:44 PG  

erk, kat area rumah CP ni byk gak tin dan kotak2.. lumayan gak tu.. ada mau ka kawan?

::FAIZ:: 3 Februari 2010 pada 11:53 PG  

10 hari? lamanya.... Kalau nak beli ubat ke, susu anak ker? kena tunggu 10 hari... naya o...

al-mankaraqi 3 Februari 2010 pada 12:54 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maiyah 3 Februari 2010 pada 2:17 PTG  

tu yg maleh bila naik hangin ngan sistem tu huhuu..

piewahid 3 Februari 2010 pada 2:46 PTG  

hihihi... pandai demeh ngoloh criter. lori AF xamik kotok & tin kosong ke? ajok koi skali share

Tanpa Nama ,  3 Februari 2010 pada 3:05 PTG  

bahaya kalau jd mcm ni kan..xpe guna online..kalau jd mcm tu trus tranfer duit tu ke akaun sape then ambik..hehe

Anuar Abdul Aziz 3 Februari 2010 pada 4:20 PTG  

bank islam..wajah berbeza,komitmen tetap sama..sama jer lembab macam dulu.(kwan penah kata ke sorang pegawai bank tu)

siezan 3 Februari 2010 pada 5:24 PTG  

10 hari kire ok la kawan..
sy dulu pernah kena cmnih gak..
akaun cimb tp kuarkan kat atm bank rakyat..3bulan baru dpt duit..tu pun selepas berpuluh2 aduan melalui phone dan email..

Abeli Rosli 3 Februari 2010 pada 6:32 PTG  

memang terok terma dan syarat kat bank ni.. kita nak penyata bank pun kena bayar... padahal akaun kita.. kita pelanggang.. kita pegi bank bukan nak makan angin.. kita gi masuk @ keluar diut... menggerakan pernigaan mereka..
kit kena bayaaar.....????
cuba.. TENGOK ENTRY TERKINI KOI

zetty 3 Februari 2010 pada 6:32 PTG  

sabo nyerrr..bnda2 mcm nie kadang2 kita xjangka leh jadi...

saharul 3 Februari 2010 pada 7:01 PTG  

sabor bang...jangan jadikan masalah tu membuatkan awok terjun pokok...hehehe

Aida Ali 3 Februari 2010 pada 9:01 PTG  

Customer is always right...????

Tanpa Nama ,  4 Februari 2010 pada 2:48 PG  

sadis gila

mazru 4 Februari 2010 pada 4:35 PG  

aduiii...ade ke patut gitu..ah bukak cawangan baru la,ape lagi...huhuh

Relevan 5 Februari 2010 pada 7:58 PG  

* Terima kasih pada rodong rodong diatas sokongan dan saranan dalam kawan menghadapi situasi RM150 ini..dengan langkah bergaya pada pagi 05/02/2010..kawan akan melangkah masuk kebank tersebut untuk bertemu Pengurus Cawangan bank ini..

Hairun Azmi 5 Februari 2010 pada 8:06 PG  

Diharap Pengurus Cawangan Bank tu berkeadaan Mood Baik pagi ini agar Relevan dapat menuntut haknya tanpa banyok songel.Semuga aok suksess yak Relevan..

Relevan 5 Februari 2010 pada 8:22 PG  

* Yer Mie..sama sama mendoakan kejayaan kawan..!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP