Mis semata
Sedang kawan belek belek surat khabar pagi tadi..datang lah seseorang untuk meminjam suratkhabar kawan untuk menengok helaian belakang dalam ruangan keputusan sukan..Orang ini kawan kenal.. beliau sering berlegar legar disekitar bandar..
Pap!!..bunyi suratkhabar kawan ditepuk serentak dengan suara beliau berbunyi..Ciss!! Mis semata lah bang ''...
'' Benda yang mis semata tu wei? ''..tanya kawan..
'' Ni ha..nombor yang kawan tikam semalam mis semata ..dah 26 kali mis semata ''..jawab rodong kawan tadi dengan serius..
Dan dalam hati kawan berkata..'' Memang begini lah situasinya..bila mis semata heboh sana sini..tapi bila mengena senyap jer ''..
** Judi adalah haram disisi Agama Islam..
20 Merujuk kepada perkara diatas :
biasalah tu kan byk org byk ragam..
Salam dari bukit istana
Tikam toto..
3 kali seminggu..
mlm tak leh tido..
khayal kereta baru.
dia keluar nombor..
sabtu ahad rabu..
nak mujur betul
dapat duit beribu..
kalau di kelatan..
org beli jerteh.
pakat main saham
macam org puteh..
ambil kertas borang
isi-isi tulis..
tak sakit badan
tubuh tak letih...
tak kira anak ayah,
hak kerja sudah pencen..
kalau beli rasa payah.
cari tempat tak de lesen.
oooooooo...000000
saya ni nak gi nak bomoh nombor.. malam-malam tak leh tido..
pegi tempat puja nombor..
masuk gua batu kapoor
pakat dok puja nombor..
tolong la dato tolong..
saya nak nombor totooooo.
jumpa kura lintas motor..
tangkap ambil gendong..
tangan dok gosok-gosok.
takut ada la no toto...
**lirik dikir tikam toto**
haram~
haram~
aku penah tersempak ngan pakcik kai baju mlayu pada ari jumaat kat sport toto~
time aku tyer~ 'ape pakcik wat kat sini?'
dia kata tukar duet kecik~
poyo~!!
astagfirullahalazim....
pakcik ...sedarlah..haram hukumnya....xdtrima amalam kita nnti...ish2..uncle nasehat la sket..
hmm dulu ada kwn.. dia dgn adik dia sama2 kaki nombor.. siap ada buku catit semua no2 yg dah kuar.. pastu try pusing2 kan.. hmm apa nak jadi..
tapi skrg si abg dah insaf, tak main dah.. adik nya tak tahu lah..
hehe.. nak gamatkan suasana le tu..
Goner kala dia hilang kedua-dua matanya? haram x leh nengok hehehe...
miss 1 mate, maknenya dia mate dia sebeloh je la yak? :D
cehh..ingatkan bola
>>____<<
hahahhahaha cool!!!
tabik!!!!
kank datang org agama
terketar2 ...
agaggagaa
mis semata tu lah yang buat nak tikam lagi minggu depan.
* AmyLiana..Selamat berblog kembali..
* Wooo..Abeli..dikir baru ke ni?..bila album Abeli Keluar?..
* Ha ha ha Ayu..Awas pakcik begitu..silap silap boleh mengepau duit tu..
* Makin kuat operasi membenteras makin ramai yang menyokong..gauana ye aRien..
* Satu family pun ada macam tu CP..menkaji nombor dia orang buat siap dengan kod sekali..
* Betul Maiyah..
* Agoknye gitu gayanye en Yassin..selalu kawan nampok pembeli main polis sentri sama Jabatan Agama..berambat..
* Ramai yang nak kena cungkil biji mata ni agoknye en Pie..
* Kira macam bola lah juge ni ezzati..benda ni sejenis SPORTS juga..
* A'a Frodo..ada sekali tu penuh satu Van..tapi dia orang tak mau serik serik..
hampeh..ingat bleh kaya ke tikam nombor
ada yg kata cenggini: "Ya Allah! kurang satu mata.." - tak pasal2 je kata Allah lak kurang satu mata hehe..
* Minggu depan dan minggu seterusnye endiem..
* Ramai yang makin kayap adalah RedNing..
* Susut mata namanya itu Finaz..
Salam Relevan...
Lama benar zai tak kesini..tau2 dah berubah warna rumah relevan ..tapi mmg relevanla colornya cantik..
Hmm..bab2 mis semata ni..zai rasa dia tak nampak lagi agaknya kalau depan Allah nanti dua biji mata akan dikorek oleh malaikat..ha..itu baru dikatakan mis dua mata.
hoho aok jumpa dimane te..
lain kali jangan bagi pinjam surat kabar awak tu .. nanti awak di kira subahat pulak !
Tikam tak kena
bidiknya tak tepat
bila dah kena
pasti ramai yg dekat.
tikam sampai dapat
lepas tu jangan lupa taubat.
ha ha ha hidup berhantu, mati berekor...
Semuga dia akan serik beli nombor sebab dia sokmo mis jerr...
Catat Ulasan