GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 1 Februari 2010

Futsal dan Congkak

Kejohanan Futsal dan Congkak ALAM FLORA SDN BHD ( KRKAF ) PSA3 telah berlangsung di Gelanggang Inderapura FutSal centre Jerantut Pahang..( 31/01/2010 )..Kejohanan ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada pekerja yang datangnya dari 4 daerah dalam negeri Pahang ini iaitu daerah Temerloh,Bera,Maran dan Jerantut..

Acara gilang gemilang yang dipertandingkan adalah Futsal bagi lelaki dan Congkak bagi wanita..dan macam biasa cabutan Hamper bagi nombor bertuah tapi ( kawan tak dapat )Perasmian telah dilaksanakan oleh Pengurus kawasan PSA3 ( bosS ) en Azmi bin Muda..

Antara petikan beliau berkata dalam ucapan perasmian tersebut '' Kejohanan ini yang penting pada komitmen senang dan susah kita dapat bersama dalam acara seperti ini ''..dan juga pada hari esok jangan lah ada sebarang MC ( cuti sakit ) daripada pekerja semua ..meskipun selepas perlawanan Futsal ini tentu ramai yang akan mengalami sakit badan..



Pendaftaran bermula bosS en Azmi menjadi peserta pertama mendaftar..
...
Kelihatan en Ariffin supervisor dari Temerloh sedang menjampi sesuatu mungkin untuk mencapai kemenangan mudah..

En Kama Jurulatih ( Juruletih ? ) sedang menerangkan sesuatu kepada semua pemain dan membolehkan en Azmi dan en Shaari tergelak..


Bila berlaku perselisihan pendapat pasti akan menganggu kestabilan emosi..seperti yang berlaku kepada en Baha OE dan en Shaarie Supervisor Temerloh ini mungkin perancangan untuk meletak en Baha dalam posisi penyerang tidak menjadi..

Acara perasmian berlangsung..kelihatan en Shaari dari Jerantut tidak sabar sabar lagi untuk menyepak bola..


'' Saya akan melupakan skrew dan tayar tayar yang pancit buat seketika demi kejohanan kali ini '' begitu kata en Azizul FMD seruis..

'' Kami akan mengekalkan kewibawaan kami dalam kejohanan Congkak kali ini '' begitu kata Pn Onie FMD dan Pn Juliana HR

'' Harapan saya untuk menang kali ini.. saya akan berhati hati dalam kejohanan ini '' kata Cik NurulHajar 3R sewaktu memeriksa kelembutan jari jemari beliau..skill utama dalam perlawanan Congkak terletak pada kelembutan jari jemari ' kata beliau lagi.. ( pstt no HP beliau ada pada kawan :) )..
Ini adalah pasukan Temerloh C yang amat digeruni tapi tidak menjadi serapah jampi daripada en Ariffin

Pasukan Jerantut dibawah pimpinan en Shaari..kelihatan penyerang Otai duduk sebelah kanan en.Rozali Yaakob..

Perlawanan antara pasukan Jerantut B dan Bera..kelihatan penyerang Otai en Rozali Yaakob dengan skill beliau yang masih berbisa..

Acara Congkak sedang dijalankan ..sehingga sekarang en Kama masih lagi tidak pandai menyebut perkataan Congkak..beliau masih lagi menyebutnya sebagai Cokok..

Pasukan Jerantut A sebagai naib juara Futsal..

Pasukan Temerloh B Juara Futsal..

Ini dia Juara Congkak Pn Jamilah HR dari Temerloh..'' kemenangan ini amat bererti bagi saya kerana inilah pertama kali saya bermain congkak '' ..kata beliau dengan terharu..

Gambar ini diambil oleh wartawan cik Ain daripada Sinar Harian edisi Pahang..jadi cepat cepat dapatkan akhbar Sinar dipasaran..


***Terima kasih kepada semua yang terlibat..badan kawan mula terasa sakit sakit akibat daripada kejohanan ini..meskipun kawan tak bermain dan hanya sibuk kehulu dan kehilir..tak tau kenapa..

24 Merujuk kepada perkara diatas :

Che' Pit 1 Februari 2010 pada 9:45 PG  

sekali sekala ada kejohanan mcm ni seronok gak.. selain dapat tambah kenalan, dapat erat silaturahim..

Aku Anak Pahang 1 Februari 2010 pada 9:47 PG  

Aok tak lawe lalu ker kome yeek..nengok, nok juge nengok awek AF ni...Bukan Akedemi Fantasia keknya Alam flora nei hehehe...hehehe...

Hairun Azmi 1 Februari 2010 pada 9:55 PG  

Tahniah kerana berjaya menjadi tuan rumah yang efisien.Teruskanlah perjuangan memertabatkan Congkak sehingga persada dunia hendaknya....

Relevan 1 Februari 2010 pada 10:00 PG  

* Sesungguhnye begitulah che Pit..boleh juge untuk menghilangkan tension setelah penat bekerja..

* Laa..kome lupakan aok lah en yassin..heh heh..sori2..AF?..wah..!

* tq Mie..nanti senang senang singgah lah pejabat kome..datang dengan pujian untuk kome yak..bukan datang dengan aduan tau..wakaka!

Abeli Rosli 1 Februari 2010 pada 10:54 PG  

Salam dari bukit istana.. amboi.. tak sangka koi.. awak aktif dalm bidang sukan.. tapi ketogeri catur tu aok memang layak.. selayaknya.. majulah sukan untuk negara...

Tanpa Nama ,  1 Februari 2010 pada 11:10 PG  

cokok? Ahahaha...kelakarnya..

mama affan 1 Februari 2010 pada 11:56 PG  

dah lame x main congkak..huhu..

Sharinginfoz 1 Februari 2010 pada 12:03 PTG  

bagus ni dapat mengeratkan persahabatan and of course for congkak kitaa pertahanan permainan zaman2 dulu kan..

Siapa Nak Promo Blog???

Credit Card Mana Satu????

Dulu Dan Sekarang…

Sharinginfoz 1 Februari 2010 pada 12:03 PTG  

bagus ni dapat mengeratkan persahabatan and of course for congkak kitaa pertahanan permainan zaman2 dulu kan..

Siapa Nak Promo Blog???

Credit Card Mana Satu????

Dulu Dan Sekarang…

piewahid 1 Februari 2010 pada 12:45 PTG  

aok mcm tau2 je koi nk mtk no henpon cik nurulhajar tu. hehehe.. ape2 hal, tahniah!

Tanpa Nama ,  1 Februari 2010 pada 12:46 PTG  

sibuk ke hulu ke hilir buat apa..usha awe ke

eeeda 1 Februari 2010 pada 1:17 PTG  

wah meriahnya...seronok tu sekali sekala ada aktiviti mcm nie...

Ateh Nour 1 Februari 2010 pada 1:58 PTG  

Assalamualaikum, lama keh tak main congkak, berantu kala main congkak nih.

Seronok kala ada perlawanan ginih, orang liar tak boleh join ke en relevan???

Ateh Nour 1 Februari 2010 pada 1:59 PTG  

Sila plak dah, bukan orang liar, orang luar lah....

endiem 1 Februari 2010 pada 2:49 PTG  

main batu serenban, ada ke?

hans 1 Februari 2010 pada 3:00 PTG  

congkak tu untuk pompuan jer ker?
den kalau masuk congkak sah menang
hahaha


maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

zetty 1 Februari 2010 pada 3:19 PTG  

wahh..bergumbira rupanya en.relevan kita nie...smpai sakit2 badan...hihihihi

Tanpa Nama ,  1 Februari 2010 pada 6:00 PTG  

tak tau pon ade main2 ni..
saya nk join congkak tu..

kalo saya masuk cnfimr menang,
huhuhuhu

saharul 1 Februari 2010 pada 8:36 PTG  

awok bagi le kat kawan no telefon NurulHajar 3R ...kot2 menyangkut...hehehe

Yunus Badawi 1 Februari 2010 pada 10:21 PTG  

wah boleh pulak main jampi2? kalau kami nak guna khidmat dia menjampi boleh tak?

Unknown 2 Februari 2010 pada 2:23 PG  

Sekalung tahniah buat tuan rumah yg telah memberi layanan yang baik. Kami dr Bera berpuas hati walaupun mendapat tempat ke 3 aje. Kit gonenye ni, gambo org Bera takde pun keluar...

al-lavendari 2 Februari 2010 pada 9:18 PG  

saya dah jenuh main congkak, tapi perut tak kecik juga !

zulkbo 6 Februari 2010 pada 6:47 PTG  

behnya boleh main futsal..luoa lak..salam ziarah..senang jengok blog koi..
http://zulkbo.blogspot.com/

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP