GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 6 Mac 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1988 ( Krew CT 3010 dan Nor Azimah )

Ini adalah Illegal dumping ( sampah haram ) yang dibuang oleh orang orang yang tidak punya tanggung jawab dalam kehidupan bermasyarakat ** gambar sekadar hiasan


Kini setelah 8 bulan berlalu selepas perpisahan aku dan Siti Zaileha..aku mengenali pula seorang gadis yang bernama Nor Azimah..Beliau berjaya mencuri hatiku lantas membawa kepada perhubungan yang aku rasa sebagai Cinta pada ketika usia aku yang masih muda..

Semangat bekerja makin menjadi jadi dengan kerja kerja lebih masa pada setiap petang dan juga peningkatan jualan barangan lusuh ( kitar semula )..pada ketika itu wajah Nor Azimah sentiasa bermain dimata.. adakah aku sudah menjadi angau..

Diawal perkenalan antara aku dan Nor Azimah adalah secara tidak langsung..sewaktu beliau hendak pergi kerja disebuah stesen pump minyak yang berjenama dan berkualiti tinggi..Perkenalan bermula ketika basikal beliau pancit dan aku menumpangkan nya ke tempat kerja..Jalan kami sehala menuju ketempat kerja masing masing..Oleh kerana Nor Azimah tiada pilihan beliau terus membonceng motor Y80 CDI aku..

Aku kini sudah pandai memandu kompaktor walaupun masih belum punyai lesen memandu..

‘’ Hoi berangan ke atau ingat mak we ‘’ jerkah encik Ibrahim ( krew baru CT 3010 )

‘’ Dak lah..kawan mikir ni nak layan ke tidok ‘’ jawab aku..

‘’ Kalau kisah mak we aok layan je ..aok tu dah berumur dah ‘’ kata encik Ibrahim lagi..

Sedap juga en Ibrahim kata aku dah tua..waktu itu umur en Ibrahim dah menjangkau 37 tahun tapi masih belum berumahtangga..

Setelah tamat bertugas pada petang itu aku lantas ke stesen minyak tempat Nor Azimah bekerja untuk mengisi petrol..RM2 pun dah hampir penuh tangki, Minyak tiadalah semahal sekarang dan masih lagi bersubsidi penuh ketika itu..

Aku rasa nak mendekati terus Nor Azimah ni..paras rupa body bahasa baik..aku tau mak ayah dia pun orang baik baik kerana jarak dari Kampung aku dan beliau hanya selang satu Kampung sahaja..Aku rasa aku kena serius kali ini, Cuma yang aku tidak tau pengajian Nor Azimah setakat mana..mungkin dia lebih dari aku yang setakat SRP mendapat pangkat S ada yang kat S ini sedang /sederhana,,tapi yang sebenarnya S adalah lingkup / gagal / kandas..itu aku tak kisah yang penting bagi aku dia taat kepada kedua orang tua dan pandai mengaji..

Jalinan perhubungan antara aku dan Nor Azimah semakin hari semakin mesra..tiada masalah faham dan memahami dalam waktu yang sama sempat juga aku mengumpul wang demi masa depan..hingga pada satu ketika..

‘’ Weh! Man…sekarang banyak terdapat kedai mesin games mesin kuda ( mesin kuda sejenis alat perjudian ) serta kedai billiard dan Snooker kat bandar kita ni ‘’ kata en Ibrahim pada satu hari..

Dan aku sering juga mengikuti en Ibrahim ketempat tempat tersebut hanya mengikuti beliau..

‘’ Seronok juga main Billiard ni buat pertaruhan dapat wang ‘’..hati aku berkata..

*** Jika berkepentingan kawan akan menyambung cerita ini...


18 Merujuk kepada perkara diatas :

hai 5 Mac 2010 pada 7:04 PTG  

wei...hampeh tul...koi pantang sungguh la, citer x abih ni!!

abu muaz 5 Mac 2010 pada 8:16 PTG  

jangan lama sangat untuk siri kedua ni...

Hairun Azmi 5 Mac 2010 pada 8:22 PTG  

Aduss...bersambung lagi....

zulkbo 5 Mac 2010 pada 8:23 PTG  

salam Relevan..
macam beh jer citer nie..
tak sabo nak tunggu sambungan..he he..

saharul 5 Mac 2010 pada 9:04 PTG  

sambung jgn tak sambung...bior jadi novelpun takpe...hehehe

Hashim Zabidi 5 Mac 2010 pada 11:03 PTG  

Nor Azimah pekerja kola kuning kena sampai tempat kerja on time, jadi
apakan daya tiada pilihan kenalah memboncing juga.

Aye ni manalah cantik berbanding Siti Zaileha yang ditinggalkannya itu. ati-ati ya kawan-kawan...

endiem 6 Mac 2010 pada 12:26 PG  

seronok ikut en ibrahim pergi main snooker.. en ibrahim jadi mentor.

Tanpa Nama ,  6 Mac 2010 pada 12:33 PG  

apa neh citer gantung2

piewahid 6 Mac 2010 pada 12:40 PG  

pandai ngat aok mendera perasaan org..

Maiyah 6 Mac 2010 pada 2:46 PG  

lor.. x abih ke.. baik abihkan cpt

Aku Anak Pahang 6 Mac 2010 pada 10:08 PG  

Ralit juga membaca...sambung lah sampai habis..

Aku Anak Pahang 6 Mac 2010 pada 10:09 PG  

Ralit juga membaca...sambung lah sampai habis..

al-mankaraqi 6 Mac 2010 pada 1:52 PTG  

ramei jugek wanita2 dalam idop awok yak bang......hehehehe

Abeli Rosli 6 Mac 2010 pada 6:50 PTG  

awok banyak sangat kenagan.. hidup dgn nastalgia...

Anuar Abdul Aziz 6 Mac 2010 pada 10:22 PTG  

sgt berkepentingan untuk disambung pada kadar segera

mazru 7 Mac 2010 pada 3:59 PG  

sambung weh...ramai ngikut nih! :)

ummu 9 Mac 2010 pada 5:59 PTG  

saya akan tunggu...perkembangan cerita selanjutnya.menarik ni.boleh wat telenovela tau..
erm saya dulu ada juga pekerja senior lelaki 40-an tak kawen lagi.takut nak bual dengannya sebab 'garang' tapi dia hati baik.buktinya lepas tu dia kahwin dengan kawan saya,seorang janda beranak ramai...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP