GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 November 2010

Kenangan biskut meri


* Ini biskut meri ambil kat Google

Semua tau biskut meri kan..sekarang ni pun masih berleluasa penjualannya..bermacam macam brand ada..rasanya sedap dengan aneka perisa..ada berperisa Coklat dan juga berperisa kopi..

Ini kisah semasa zaman kanak kanak dahulu..betapa indahnya dunia jika dapat makan biskut meri..Seingat lagi bungkusan biskut meri dibalut dengan kertas licin..

Bila time membuka kena berhati hati..jika membuka dengan rakus pasti bungkusan berkecai..Bila siap membuka pasti akan membilang kepingan biskut meri itu..Adakala rasa sayang untuk dimakan..

Ini ada sedikit kisah tentang seorang pengemar tegar biskut meri dulu dulu..

'' Koi mesti tayang biskut meri ni kat kawan kawan ''..

Seperti biasa pada sebelah petang pasti ada permainan guli..petang itu pula semacam hari mau hujan..tapi tak kisah kerana hajat nak tayang biskut meri depan kawan kawan..

Setelah dimasukkan Biskut meri ke dalam poket maka bergeraklah untuk bermain guli..

'' Bergemboi kocet aok..tentu banyak guli ''..kata seorang kawan yang bernama Sidek sedia menanti untuk bermain guli..

'' Ini biskut meri koi bukan guli ''..kata kawan sambil ambil sekeping lalu memakannya..

'' Bak nak satu ''..kata Sidek..

'' Arh ye..! mana boleh dulu aok makan biskut meri..tayang je depan koi ''..jawab kawan..

Ini naya punya kes..buatnya Sidek merantang kawan dengan kawan kawan dia..tentu habis biskut meri kawan ni nanti..

'' Minta maaf lah Sidek yer..bukan koi tak nak bagi ke aok biskut meri ni..tapi jari koi ni baru je lepas korek hidung..tak basuh pulak te` lepas te tadi koi bilang kepingan biskut meri pulok..sambil jari telunjuk koi korek hidung sambil koi bilang lagi..begitu lah..kalu aok ndak juga amik lah ''..jawab kawan dengan alasan yang dikira logik juga..

'' Baler aok nanti lah time koi pulok esok''..kata Sidek..

Nampak Sidek kelihatan begitu hampa juga..

*** Sekarang ni Sidek ..kalu aok nak makan Pizza pun kawan boleh belanja..

13 Merujuk kepada perkara diatas :

abu muaz 13 November 2010 pada 1:55 PTG  

biskut meri memang kenangan tu... tapi budak sekarang tak main la.

chipsmore mereka kenal.

Cik Shinju 13 November 2010 pada 2:05 PTG  

hahaha...ngutok!...
org bilang guna air liur..
aok guna tek idong..
yarkkk... :p

Azman Roslan 13 November 2010 pada 2:05 PTG  

dah lama tak makan biskut tu.. suka makan biskut lemak cicah kopi o..

Aku Anak Pahang 13 November 2010 pada 3:13 PTG  

Biskut meri ttp dlm kenangan juga kawan paling gemor memakannya dulu.

Aku Anak Pahang 13 November 2010 pada 3:13 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sukaxplo 13 November 2010 pada 3:31 PTG  

balerr kedekutnya ...
best gak, ingat karang nak cari biskut meri jugak lah..cicah ngan air teh susu

adie 13 November 2010 pada 3:34 PTG  

dulu-dulu jika ada kematian,biskut meri juga digunakan utk diagih² kpd berbudak yg pergi ke kubur.kekadang bapak budak pun tumpang sekaki.

anyss 13 November 2010 pada 3:36 PTG  

Salam,
Sekut meri tetap lebih sedap banding dengan pizza ;)

redza 13 November 2010 pada 3:39 PTG  

sedap jugak cicah ngan teh o

sahromnasrudin 13 November 2010 pada 4:32 PTG  

salam..biskut nie manis..saya tak brp gemar...biskut cream cracker saya suka hehehehe

eelobor 13 November 2010 pada 6:10 PTG  

hehehe, biskut meri dalam kenangan

Admin 14 November 2010 pada 12:35 PG  

biskut marie cich air milo..
best!! hehehee~

^^<

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP