Malam minggu yang meSra ( Rambo First Blood )
Tweet
Satu malam minggu pada tahun 1982 bergerak gerembolan rodong menuju ke pawagam REX dibandar Mentakab..Midnite show first blood lakonan Slyverstone Stallone..ada perang perang antara bekas askar dengan polis..
Kelima rodong begitu teruja untuk menonton..kali ini telah mendapat tiket tanpa berebut..
'' Huh..bes ni karang..mesti gempa bunyi ada perang perang..memang koi minat sangat ni ''..kata Kapak..
'' Haa..ni karang duduk dalam panggung mesti berdisiplin..harap tak ada yang mekak menjerit sana sini ''..kata Niker..
'' Tunggu koi kejap..nak beli kuaci ''..kata Bok dengan penuh semangat..
Baru 20 minit filem di tayangkan..tiba tiba ...Tapp !........ black out..dan kedengaran sana sini kerusi berbunyi..bergegar gegar kena sepak terajang..penonton keluar panggung akibat kepanasan akibat air Cond tidak berfungsi..kedengaran ada suara perempuan menjerit jerit..kena raba barangkali..
Suasana di luar panggung begitu kecoh..penonton meminta kembalikan duit tiket..ini ternyata kerana bekalan eletrik terputus..pasti akan mengambil masa yang lama untuk pulih..wakil pengurusan panggung wayang meminta semua penonton menyimpan keratan tiket tayangan untuk menonton semula pada keesokan malamnya..
'' Ciss..tengah sedap sedap perang bantai putus bekalan letrik..jawabnya kena datang malam esok pula lah bagi mengantikan tayangan pada midnite ini ''..rungut Miki..
'' Lor..nak buat guane kan ''..kata Aduk..
'' Koi ingat benda lah riuh amat tadi..rupa nya letrik putus..koi tengah sedap je tidor dalam panggung tadi ''..kata Niker...
Begitulah Niker..walau sesedap mana filem dengan aksi letupan sana sini..dia pasti akan ketiduran juga..seingat kawan boleh dikatakan bila Niker menonton wayang mesti tidur punya..pernah juga satu ketika kami hendak tinggalkan dia didalam panggung kerana filem telah tamat dia masih tidak sedar kerana ketiduran..
*** Sekarang bila menonton filem Melayu mula lah rasa hendak tidor saja..

5 Merujuk kepada perkara diatas :
tak tahan masa masuk panggung dulu2, sibuk dengan mereka yang merokok. tak nampak skrin, cuma nampak asap jer. lagi satu suka memekik dan melolong tak tentu pasal. berbeza dengan sekarang
Kawan sesama didlm gerembolan itu juga keknya klik lain aje hehehe.. masa tu mat jiwang layan Mat Rambo hehehe :)
salam..
ginilah gayanya bila menonton wayang yak..koi pun sama gak selalu je tido bila nengok wayang melayu..he he
ak kerap gaks tertdo dlm panggung!
ahaks!
rambo 1 ni je yang best.
Catat Ulasan