GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 12 Disember 2010

Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook


* MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.

Ini dia yang dikatakan Cinta tak mengenal usia paras rupa dan gaya..

WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.

Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.

Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.

"Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.

Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.

Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.

"Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.

"Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.

Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. - Agensi

*** Mencari Cinta sekitar usia 40an..ada berani?.. kena sorok dulu antan lesung batu..!

7 Merujuk kepada perkara diatas :

Lucy S. 12 Disember 2010 pada 11:31 PG  

wow! gilalah! jodoh di tangan Tuhan kan :) tak boleh nak kata apa la :)

velasrizal 12 Disember 2010 pada 12:01 PTG  

tak sangka org tua pn suka men FB

Relevan 12 Disember 2010 pada 12:12 PTG  

* ye Alynn Notnot..

* Begitulah Vel..

eelobor 12 Disember 2010 pada 12:53 PTG  

yang nie dah tak panggil cinta monyet kan? hihihiih

Aku Anak Pahang 12 Disember 2010 pada 1:20 PTG  

Gitulah yak kalau jodoh tak kemana.

abu muaz 12 Disember 2010 pada 1:24 PTG  

yang di tanahair kita pula berfacebook hancur dan huru hara rumahtangga.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP