GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Februari 2011

Filem : Hantu Kak Limah balik Rumah ( aStro First )


Oleh kerana dalam daerah kome ni tak ada panggung wayang maka dengan senang hati kome melanggan filem ini dalam aStro First..nak tengok jugak..ada yang khabor sedap filem ni..maka sempat lah kawan menonton sehingga 4 kali tayangan dalam aStro First..


* Kak Limah ( Delimawati )


Biar pun sudah sedikit terlambat..kawan hendak juga mengReview Filem arahan Mamat Khalid ini.. ulasan peribadi kawan selaku admin blog relevan Sokmo..

Bagi kawan filem ini sedap..penuh dengan sindiran yang sinis..kekuatan Filem ini terletak kepada Awie sebagai pelakon utama..meski pun gitu semua watak watak dalam Filem ini menonjol..tidak nampak seperti Filem filem lain yang hanya mengetengahkan Hero dan heroin saja..



* Hussin ( Awie )

Kebanyakan pelakon pelakon nya jarang kelihatan di kaca Tv ( drama )..ini yang membuat Filem Hantu Kak Limah balik rumah menjadi menarik..

* Antara babak yang sangat menarik hati kawan sila tengok tube ini..





Sinopsis


Husin ( Awie ) yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah ( Delimawati ) yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang.



* Abi Hurairah ( Johan Raja Lawak )

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika ingin tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah ( Johan Raja Lawak ) juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang sememangnya bengang dengan Husin ( kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin ( Umie Nazira ), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.



* Hussin ( Awie ) dan Che Nin' ( Umie Nazira )

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah balik Rumah’..( korang tengok sendiri filem ini )..

*** Bagi kawan Mamat Khalid adalah pengarah yang punyai sedikit kelainan..kawan nyatakan beliau adalah seorang pengarah yang membawa minda penonton berfikir dalam setiap babak untuk Filem ini..sinis yang sangat mengena ..* kredit untuk Mamat Khalid ..



26 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 8 Februari 2011 pada 4:09 PTG  

bestkan bro, ieda gelak guling2 tengok, hahahhaha! :)

ozzy 8 Februari 2011 pada 4:18 PTG  

salam..

memang best filem ni..utk hiburan ringan

redza 8 Februari 2011 pada 4:19 PTG  

kira ok la...xdela smpai tgk 4,5 kali

Mimie.Candy Cane 8 Februari 2011 pada 4:23 PTG  

peberet koi ni pakcik..tengok 800 kali pun tetap kelakar..kredit to mamat khalid..

eelobor 8 Februari 2011 pada 4:29 PTG  

kawan pun ada ambik kat astro first citer nie. berbaloi dan sedap gak. lagipun rasanya ok kut sebab RM15 utk 2 hari. kalau kuar kat wayang maunya abis 50-60 hengget sekali ngan makan minum. ada baik buruk gak langkah astro ni

Lina 8 Februari 2011 pada 4:32 PTG  

mmg best cite tu...smpai skrg masih terngiang2 dialog dlm cite tu hehe

CahayaCintaIlahi 8 Februari 2011 pada 4:33 PTG  

adek tak tengok lagi cite ni huhu ;)

Relevan 8 Februari 2011 pada 4:42 PTG  

* ye gelak tak ingat..sampai marah marah jiran sebelah..hahaha!

Zura Tahir 8 Februari 2011 pada 4:51 PTG  

suke tgk awie belakon kelakar...

sukaxplo 8 Februari 2011 pada 5:34 PTG  

salam
best tengok sekeluarga..gelak sama sama anak beranok weh

Ateh Nour 8 Februari 2011 pada 5:44 PTG  

Sallam,
keh tak berpeluang langsung menengok cerita2 gini, mesti best kalau dapat tengok.

Aku Anak Pahang 8 Februari 2011 pada 6:47 PTG  

Aok tak beringor lalu yek.. kalu dok boleh kawan numpang huhuhu...

~naddy~ 8 Februari 2011 pada 7:35 PTG  

teman dah tgk citer ni 4 kali, mmg best! byk mesej tersirat yg nk disampaikan..penduduk kg pisang yg peramah tak hengat, ditambah dgn watak usop, usin n abi hurairah bikin best lg filem ni.
*tak bleh ingat babak antu kak limah duduk atas bahu abi hurairah dlm jamban...hahahaha!

Mus 8 Februari 2011 pada 7:53 PTG  

bagi aku.. agak kurang bestlah..sebab zombie tu dulu lagi best!!

saharul 8 Februari 2011 pada 8:33 PTG  

ni yg biat koi nak tengok jugak nih...

Udin 8 Februari 2011 pada 9:52 PTG  

as-salam..

kelakar filem ni.. last2 tak betol rupanya kak limah ni.. hahaha! :D


p/s: salam kenal dr sy.. -udin-

Miecyber 8 Februari 2011 pada 10:10 PTG  

Produk yang di hasilkan oleh Mamat Khalid penuh dengan pengajaran dan sinis

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Sham 8 Februari 2011 pada 11:17 PTG  

koi tak sempat lagi nengok weh...

Tanpa Nama ,  8 Februari 2011 pada 11:17 PTG  

xtgk lagi..org kate best..huhu..

hazari. 9 Februari 2011 pada 6:56 PG  

astro first ade filem melayu je ke ? ke semua ade ?

aRoL 9 Februari 2011 pada 7:59 PG  

hehe..memang best, mamat khalid the best..

Alimaz-Kembara Terasing 9 Februari 2011 pada 12:17 PTG  

hmmmm tak tengok lagi...... kena tengok ni....

No Lan 9 Februari 2011 pada 1:15 PTG  

No tak langgan lagi la..tengok iklan pun anak2 duk guling2 ketawa haha...No tunggu masuk RIA or PRIMA je kot hehe..

senyumm 22 Mac 2011 pada 9:35 PTG  

best thp gile filem neh..hehe..soley soley...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP