GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Februari 2011

Harga getah naik: Penoreh peroleh RM60,000 sebulan

BESUT, 7 Feb. - Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.

"Seorang penoreh yang mempunyai 3 hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan. - Bernama

* Terkini Utusan Online

'' Bila rod tex kereta aok mati ''..tanya Aboh kawan..

'' 26hb Febuari 2011 ni ..'' jawab kawan..

'' Ada duit nak ngidupnya tak? ''..tanya Aboh kawan..

'' Ni yang masalohnya Aboh ..duit banyak ngalir arah lain je ''..kata kawan..

'' Amik cuti 3 atau 4 hari..balik kampung tolong aboh noreh.. setengah hari aok noreh aboh gerenti dapat duit untuk ngidup rod tex kereta aok te ''..kata Aboh kawan lagi macam sedikit angkuh..

'' Kalu koi tak payah nolong noreh ok ke Aboh..Aboh bagi je duit untuk ngidup rod tex ''..tanya kawan..

'' Banyak cantik aok''... jawab Aboh kawan

Itu antara petikan perbualan antara Aboh kawan dengan kawan dalam telipon baru baru ini..



* Ini Getah Sekerap / beku / Lantun



* Ini tangan encik Amirul yang satu ketika dahulu cukup aktif menoreh..

* Ketik ( siNi )

*** Rasa nak..rasa nak..rasa nak..turun menoreh semula..



13 Merujuk kepada perkara diatas :

mama affan 7 Februari 2011 pada 4:21 PTG  

wow! biar betik..

kayo la pakcik rekevan kalau turun menoreh ek..:)

redza 7 Februari 2011 pada 4:47 PTG  

hoh...amik cuti sebulan balik kg noreh getah...tp kg aku xde pokok getah huuuuuuuuu

Tanpa Nama ,  7 Februari 2011 pada 4:55 PTG  

assalam.menyesal tebang getah dulu...hu3.komoditi skrg naik giler2 dah...maknanya ape?inflasi...

ozzy 7 Februari 2011 pada 5:04 PTG  

salam..

Time getah naik rege kena beringat sama bila turun nanti..

p/s-anak dare tokey pokok getah naik rege lepas ni..hehe

Miecyber 7 Februari 2011 pada 5:17 PTG  

Walaupun getah buku itu busuk tetapi ianya tetap di sayangi oleh semua orang...


Bayi gergasi

Ihsan Khairir 7 Februari 2011 pada 5:20 PTG  

balik kampong motong gotah lagi pakcik kayo skrg ni ek

Maiyah 7 Februari 2011 pada 6:34 PTG  

mmg kaya tu.. sedara sy ramai noreh nih, nnti nk usha2 hehe

Aku Anak Pahang 7 Februari 2011 pada 6:41 PTG  

Kawan kalau ada pokok getoh lama dah kawan toreh hehehe..

Tanpa Nama ,  7 Februari 2011 pada 9:22 PTG  

mmg r getah mahal skrg nie.kaya dorg..

amal 7 Februari 2011 pada 10:32 PTG  

huh 60k sebulan. gile lah! nak jugakkk eheh

Nancypoh 7 Februari 2011 pada 10:33 PTG  

Wahhh...ni memang berita gembira..masa cuti CNY dulu ada juga g noreh 3 kali..hasilnya belum jual..hik hik..rasanya boleh dapat RM1k tak????

hazari. 7 Februari 2011 pada 10:33 PTG  

kalau lah semua pokok boleh keluarkan getah.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP