GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 23 Februari 2011

Pesta kaut beras di lebuh raya


* Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing..

* Sumber koSmo

*** Ini dulu berita tentang orang ramai kutip duit syiling ketik ( siNi )





18 Merujuk kepada perkara diatas :

Nerzhul 23 Februari 2011 pada 10:10 PG  

pastu bawok balik beras bagi anok² kat umoh makan..menda hukum kalo gini ye.?

Nancypoh 23 Februari 2011 pada 10:29 PG  

woopss..rugi teruk la peniaga beras tu..pernah gak berlaku kat tempat saya lori bawa udang segar masuk parit habis semua udangnya tumpah..apa lagi, kami yg duk dekat tu pergi la bungkus udang2 tu guna karung besar..huhu..

sitinaminah02 23 Februari 2011 pada 10:40 PG  

beras tak bercampur dgn pasir ka?

ILA HonEyBuNNy 23 Februari 2011 pada 10:43 PG  

macam2 la...haritu kutip duit syiling..hehe...nanti kena pulangkan beras pulak..heheh

CahayaCintaIlahi 23 Februari 2011 pada 10:52 PG  

bro..adek pun buat pasal ni aih tak habes2 kan cube kalau yang tumpah tu adalah benda2 yang tak bole digunakan kompem2 orang tak pandang punye kan huhu

Fairus Bin Mamat 23 Februari 2011 pada 11:07 PG  

ERM.. MACAM2 BENDA TERBALIK DI LEBUH RAYA.. SEKEJAB DUIT, SEKARANG BERAS.. TERINGAT MASA KECIK2 DULU.. MASA HANTAR ABG SAYA KE AIRPORT SUBANG, ADA LORI IKAN TERBALIK DEKAT LEBUHRAYA SEMASA KITORANG DALAM PERJALANAN PULANG.. PEMANDU LORI TU KATA BOLEH AMBIL IKAN-IKAN TU. MASA TU KITORANG ORANG PERTAMA YANG LALU DIJALAN TU. APA LAGI, LEPAS TOLONG PEMANDU LORI TU, KITORANG AMBIL IKAN BAWAK BALIK.. BESAU2 PUNYA IKAN..

Siti Hajar Masri 23 Februari 2011 pada 11:57 PG  

lepas ni ada berita plak minta pulangkn beras yg diambil..haha~

kakmelor 23 Februari 2011 pada 12:40 PTG  

ingat pernah lori biskut terbalik kat jln Jerantut -benta...apa lagi pakat ambik sikit sorang lah...

eelobor 23 Februari 2011 pada 12:46 PTG  

setiap kali ada lori @ kenderaan membawa barang eksiden dan barang2 tersebut jatuh, mesti ada yang mengutipnya. mungkin ramai yang menjatuhkan hukumnya HALAL mengambil barang2 tersebut. dari mana mereka dapat fatwa yer?

::FAIZ:: 23 Februari 2011 pada 12:47 PTG  

nanti akan keluarla brita minta pulangkan beras... hahahaha

Aku Anak Pahang 23 Februari 2011 pada 1:23 PTG  

Kawan bimbang esok terbalik lori bawak anak ayam Thailand.. pakat bawak balik sekor2 :)

marinahunny 23 Februari 2011 pada 2:07 PTG  

ambik hak org sendiri mau ingat la...knp la manusia skrg ni mcm tu ?

Choice 23 Februari 2011 pada 4:32 PTG  

I like the site even though I have to translate it :). Keep up the great work!

terokai seni 23 Februari 2011 pada 4:42 PTG  

sempat lagi ke kalo nok g sana ter?

kaRimiE 23 Februari 2011 pada 8:33 PTG  

eshh..eshh.. pd aq x elok la duk kutip beras tu..bnde bkn kita punya..kn..

trima kasih pada owner blog ..coz dtg mlawat dn follow blog ku...aq da follow blog ni k..fren..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP