GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 23 Februari 2011

PRK N28 Kerdau : Mimpi tentang bulan


Bagi yang meminati politik pastikan mengambil tahu tentang situasi sekarang.. ada dua pilihanraya kecil akan berlangsung serentak berikutan permergian ADUN iaitu di Kerdau Pahang dan Merlimau Melaka..

Begitu juga dengan encik Topik yang mengikuti perkembangan ini..cuma Rosli Ghani sahaja bersikap sedang cuba mengambil tahu..

Pertemuan mereka di Gerai belakang pejabat Pos sewaktu sedang minum minum petang..

'' Pilihanraya kecil ini pastinya sungguh meriah Li ..ingat petang esok kita jalan jalan kat pekan Kerdau nak? ''.. kata encik Topik..

Jarak daerah mereka dengan pekan Kerdau cukup dekat..kira kira 30 minit perjalanan..

'' Koi ndak juga ngikut aok tu ..tapi petang esok koi cenderung kearah memikat burung lagi ''..kata Rosli Ghani..

'' Lorr..aok rasa parti mana menang ''..tanya encik Topik..

'' Koi rasa bulan..sebab akhir akhir ni koi kerap sangat mimpi tentang bulan..bulan sangat penting dalam kehidupan yang selalu melingkari hidup kita ''..jawab encik Topik..

'' Sampai terbawak ke dalam mimpi ye Li?..apa yang penting sangat tentang bulan ni Li "..tanya encik Topik..

'' Lorr...tak kan aok tak tau.. pentingnya bulan dalam hidup kita 1. kita tunggu gaji hujung bulan 2. Nak bayar hutang dan segala bil kena tunggu cukup bulan 3. perjalanan kehidupan kita dan segala macam ketetapan bergantung pada haribulan..pendek kata pentingnya bulan..dan yang ke 4. salah satu pentingnya kesihatan wanita adalah '' datang bulan ''... kata Rosli Ghani..

Tu yang encik Topik sering berfikir tentang Rosli Ghani ini..nampak macam orang selenge' ( sengal ) tapi sesekali mengeluarkan pendapat penuh dengan kiasan..

*** Sedang tunggu gaji dihujung bulan .. '' tadi dapat pangggilan telipon dari blogger Usop (Al Mankaraqi) ajak kempen di Kerdau..



12 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 23 Februari 2011 pada 6:13 PTG  

nok tengok bulan mengambang la pulak kat sana :)

Aku Anak Pahang 23 Februari 2011 pada 6:29 PTG  

Pungguk pun rindu kat bulan nape dia tak emboh rindu ke bender lain? hehehe :)

redza 23 Februari 2011 pada 7:24 PTG  

bgi kt bulan la pulak kali nih

Nizam Awang Brahim 23 Februari 2011 pada 9:26 PTG  

Koi cari pati sirak ni.Boleh bancuh2 air...

ikan emas 23 Februari 2011 pada 10:39 PTG  

kalau bob lokman jadi calon boleh ke bulan ke ??


...bila tarikh gaji ???

Hashim Zabidi 23 Februari 2011 pada 10:55 PTG  

bagi merek yang bergantung hidup dgn gaji kiraan bulan memang menyakitkan.

tiap-tiap bulan - mengeluh gaji tak pernah cukup
hujung bulan - duit dah susut
pangkal bulan - bayar hutang sana sini.
datang bulan - tanya org pompanlah.

terokai seni 24 Februari 2011 pada 1:04 PG  

haaa koi ingat dah banyak bulan kat area sana... kerdau gone?

Cik SHiNJU 24 Februari 2011 pada 8:20 PG  

Bulan memang penting dlm hidup kita..Kiraan tarikh dan hari pun bergantung pada bulan..Bab2 menimbang pulok,mase susoh2 dulu dacing la harapan...bila dah senang pakat pakai calculator jek memasing..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP