Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih
Tweet
* FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan anak lelaki mereka berusia dua tahun.
LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.
Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.
Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.
"Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.
"Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi.
Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.
"Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya.
Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.
Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu. - Agensi
* Sumber

*** Susah mau komen..
6 Merujuk kepada perkara diatas :
Islam Agamaku ^^,
hak hak gile arrrr..
adehhh beruntung dpt
anak putih huhu :)
hanya ALlah yg tau kebenarannya.. so, tamau komen pape.. ^_^
menarik =)
kalau ditengok memang aneh la, mak ayah kulit hitam, dapat anak putih lak. tapi dengan kuasa Allah, takde apa yang mustahil.
lain pula ceritanya kalau ada kes curang. sabor je lah Francis.
ingtkan albino.. Hanya Dia mengetahui..
Catat Ulasan