GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 12 Mei 2011

Legasi yang ditinggalkan Florence Nightingale - 'Wanita dengan pelita'


FLORENCE NIGHTINGALE, yang dikenali sebagai 'Wanita dengan Pelita', adalah perintis kepada kejururawatan. Florence yang dilahirkan pada 12 Mei, 1820, juga terkenal sebagai ahli statistik dan penulis.

Florence dikenali sebagai 'Wanita dengan Pelita' kerana sering membuat lawatan di wad-wad pada waktu malam untuk mengubat askar-askar yang cedera.

KEHIDUPAN AWAL

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Villa Colombaia, Florence, Grand Duchy of Tuscany. Ibu bapanya menamakannya Florence sempena tempat kelahiran iaitu Florence.

Bapanya ialah William Edward Nightingale (1794-1874) atau nama sebenarnya William Edward Shore dan ibunya pula, Frances ("Fanny") Nightingale nee Smith (1789-1880).

Florence membesar sebagai wanita yang menawan dan periang serta mempunyai masa depan yang cerah.

Julung kali menerima "seruan Tuhan" pada tahun 1837 di Embley Park, Florence membuat keputusan menceburi bidang kejururawatan pada tahun 1845.

Keputusan Florence itu menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya terutama ibunya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik. Kebanyakan jururawat adalah wanita miskin.

Kecenderungan itu jelas bercanggah dengan status Florence dari keturunan berada dan norma masyarakat bahawa wanita bangsawan sepertinya sepatutnya menjadi isteri dan ibu.

Walaupun mendapat tentangan daripada ahli-ahli keluarga dan melanggar norma masyarakat, Florence bekerja keras menimba ilmu dalam bidang kejururawatan.

Florence amat prihatin terhadap orang-orang miskin. Pada Disember 1844, dia menjadi penyokong utama usaha untuk meningkatkan penjagaan perubatan di hospital dan rumah sakit.

Dia mendapatkan sokongan Charles Villiers, presiden Lembaga Undang-undang untuk Orang Miskin (The Poor Law Board). Selanjutnya, Florence mereformasikan The Poor Laws secara aktif.

Dari aspek percintaan, Florence dipikat ahli politik dan penyair Richard Monckton Milnes, 1st Baron Houghton. Bagaimanapun, Florence menolak lamaran Milnes pada tahun 1851 kerana percaya perkahwinan hanya mengganggu tugasannya sebagai jururawat kelak.

Semasa berada di Rome pada 1847, ketika sedang pulih dari tekanan mental ekoran perhubungannya dengan Milnes, Florence menemui Sidney Herbert, seorang ahli politik yang berpangkat 'Secretary At War (1845-1846)'.

Herbert telah berkahwin pada masa itu, tetapi beliau dan Florence terpikat antara satu sama lain sekali gus menjadi kawan rapat sepanjang hayat.

Herbert memainkan peranan penting dalam menyelaras usaha-usaha kejururawatan Florence di Crimea. Dalam bidang kejururawatan, Florence menjadi penasihat utama dalam kerjaya politik Herbert.

Florence difahamkan turut mempunyai perhubungan intim dengan seorang cendekiawan Benjamin Jowett (15 April 1817 – 1 October 1893).

Dalam menjalankan tugas kejururawatannya, Florence telah mengembara ke Greece dan Mesir. Di Thebes, Mesir, Florence menulis bahawa dia "menerima seruan Tuhan".

Tidak lama kemudian di Cairo, Mesir, Florence menulis dalam diarinya, "Tuhan 'panggil' saya pada satu waktu pagi dan tanya sama ada saya boleh membuat kebaikan dengannya seorang diri tanpa mendapat apa-apa balasan."

Kemudian pada 1850, Florence melawat komuniti beragama Lutheran di Kaiserswerth-am-Rhein, Jerman. Dia melihat Ketua Paderi Theodor Fliedner dan paderi-paderi membantu mereka yang sakit dan kurang bernasib baik.

Florence menyifatkan pengalaman tersebut telah merubah pandangannya terhadap kehidupan.

Pada 22 Ogos 1853, Nightingale mula memegang jawatan Penguasa Institut for the Care of Sick Gentlewomen di Upper Harley Street, London sehingga Oktober 1854.

Ayah Florence, William Edward Nightingale menyumbangkan sebanyak 500 paun setahun kepadanya untuk menjalani kehidupan dengan selesa dan mengembangkan kerjayanya.

PERANG CRIMERIAN

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimean. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Pada 21 Oktober 1854, Florence bersama-sama dengan 38 jururawat lain dihantar ke Turkey di mana terletaknya kem British di Crimean.

Florence dan kumpulan jururawat itu tiba di Selimiye Barracks di Scutari (kini terletak di Istanbul) pada awal November 1854. Pada mulanya, Florence terus mempercayai kadar kematian askar yang tinggi sementara menerima rawatan adalah ekoran kekurangan nutrisi dan askar yang bekerja terlalu kuat.

Bagaimanapun, Florence kemudian mendapati askar-askar yang cedera tidak mendapat penjagaan sewajarnya. Ini ekoran bilangan staf perubatan yang kurang.

Ubat-ubatan tidak mencukupi. Kebersihan diabaikan. Jangkitan kuman adalah biasa dan kebanyakannya membawa maut. Tiada kelengkapan untuk memproses makanan untuk para pesakit.

Kadar kematian melonjak dan bilangan maut adalah antara yang tertinggi di rantau itu. Sebanyak 4,077 askar meninggal dunia di Scutari pada musim dingin.

Mereka mati akibat 'thyphus', kolera, demam kepialu, disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Keadaan di berek hospital adalah sesak dan pembetungan serta pengudaraan adalah rosak.

Florence mengenalpastikan punca-punca sebenar kadar kematian tinggi tersebut lalu memaklumkannya kepada kerajaan British.

Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling yang kurang baik seperti mana yang dilaporkan oleh Florence.

Justeru, kerajaan British telah menghantar satu Suruhanjaya Penjagaan Kebersihan ke Scutari pada Mac 1855.

"Selepas Florence tiba hampir enam bulan di Scutari, kadar kematian telah jatuh dari 42 peratus kepada 2.2 peratus," menurut satu sumber.

Ini kerana Florence mengkehendaki antara lain sistem pencahayaan, makanan dan kebersihan yang mencukupi. "Dia memahami kebersihan dapat menghalang penularan jangkitan penyakit."

Pengalaman tersebut mempengaruhi kerjaya Florence. Florence menitikberatkan kebersihan.

WANITA DENGAN PELITA




Florence mendapat gelaran 'wanita dengan pelita' hasil satu frasa dalam laporan akhbar The Times.

"Dia ialah 'malaikat' di hospital-hospital. Setiap pesakit gembira dan bersyukur melihat kelibatnya. Apabila pegawai-pegawai perubatan tidur, dia masih mengelilingi wad-wad hospital sambil memegang pelita untuk mengubat para pesakit," menurut laporan akhbar itu.

Gelaran 'Wanita dengan pelita' itu turut dipopularkan oleh penyair Henry Wadsworth Longfellow menerusi hasil penanya 'Santa Filomena' (1857).

"Lo! in that hour of misery. A lady with a lamp I see. Pass through the glimmering gloom. And flit from room to room."

KEMBALI KE ENGLAND

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wirawati pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London. Dia mengalami demam "Crimerian" yang dihidapi semasa Perang Crimerian.

Dia melarang ibu dan adik-beradiknya daripada melawati biliknya dan dia juga jarang keluar dari bilik itu.

Walaupun mengurungkan dirinya, Florence memainkan peranan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk Kesihatan Askar. Sidney Herbert menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja itu.

Sebagai seorang wanita, Florence tidak boleh dilantik kedalam Suruhanjaya Diraja tersebut. Bagaimanapun, Florence telah menulis laporan dengan lebih 1,000 muka surat serta dilengkapi laporan statistik.

Laporannya itu telah membawa kepada pembaikpulihan penjagaan kesihatan tentera, penubuhan Sekolah Perubatan Tentera dan penyediaan sistem rekod tentera yang bersistematik.

LEGASI FLORENCE NIGHTINGALE




Di Turkey, pada 29 November 1855, satu Dana Nightingale diwujudkan untuk membiayai latihan jururawat-jururawat. Menjelang tahun 1859, hasil Dana Nightingale sebanyak 45,000 paun diperuntukkan untuk menubuhkan Sekolah Latihan Jururawat Nightingale di Hospital St. Thomas pada 9 Julai 1860 (sekarang dikenali sebagai The Florence Nightingale School of Nursing and Midwifery dan merupakan sebahagian daripada King's College London).

Florence menulis buku berjudul 'Notes on Nursing'. Buku yang mempunyai 136 muka surat dan dicetak pada 1860 itu digunakan dalam kurikulum Sekolah Nightingale dan lain-lain sekolah latihan yang seumpama itu.

Pada tahun 1869, Florence dan Dr Elizabeth Blackwell membuka The Women's Medical College.

Pada 1870-an, Florence menjadi mentor kepada Linda Richards yang merupakan "jururawat terlatih pertama dari Amerika Syarikat (AS)'.

Richards akhirnya pulang ke AS dengan latihan yang mencukupi dan pengetahuan untuk mewujudkan sekolah kejururawatan yang berkualiti tinggi. Beliau juga menjadi pengasas kejururawatan di AS dan Jepun.

Pada tahun 1883, Florence dianugerahkan the Royal Red Cross oleh Queen Victoria. Pada tahun 1907, beliau menjadi wanita pertama dianugerahkan The Order of Merit.

Pada tahun 1907, Florence dianugerahkan The Honourary Freedom of the City of London.

Pada tahun 1896, Florence terlantar sakit di katil. Beliau barangkali menghidap sindrom penyakit keletihan (Chronic Fatigue Syndrome(CFS)). Hari Jadinya disambut sebagai International CFS Awareness Day. Pada 13 Ogos 1910, ketika berumur 90, Florence meninggal dunia dalam tidur di biliknya di 10 South Street, Park Lane. Jenazahnya dikebumikan di St Margaret Church di East Wellow, Hampshire..

*** SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA ..



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  12 Mei 2011 pada 3:41 PTG  

happy misi day.. :D

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP