GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 18 Mei 2011

Lelaki terkejut, tergamam kekasih tolak lamaran di tempat awam


* SEORANG lelaki melutut di depan kekasihnya untuk membuat lamaran sambil diiringi nyanyian seorang pemain gitar (kiri).

LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.

Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi

6 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 18 Mei 2011 pada 8:15 PG  

kalau kawan ada kat situ pun dah tentu kawan snap muka lelaki tuh....huhuhuhu

Unknown 18 Mei 2011 pada 8:51 PG  

kesian lelaki tu....hajat tak sampai...huhuhu....

Syakilla kebebeh 18 Mei 2011 pada 10:14 PG  

kesian nye...ishhhh mesti kecewa habiskan..

Nurul Ashikin 18 Mei 2011 pada 4:44 PTG  

kecewa dan sedih~ ksian sgt laki tuh~

Aryan Aryad 4 Julai 2011 pada 12:50 PTG  

perh..kurang ajar gak pempuan 2..dah dapt laki romantik n hensem cam 2 pun boleh tolak lagi..xnk kawen jgn bagi harpan kat laki 2..cam ni lah pempuan..memng pandai mainkan perasaan lelaki..
bile laki xgentle bising..bile dah gentle lari plak..apelah..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP