Pesalah trafik sembunyi 7 jam atas siling hospital tanpa pakaian
WELLINGTON: Seorang lelaki tempatan yang cuba melarikan diri daripada polis dengan berbogel sebelum memanjat siling sebuah hospital diberkas tujuh jam selepas pihak berkuasa melancarkan operasi memburunya, semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan beberapa jam sebelum itu atas kesalahan jalan raya dan dibawa ke hospital untuk rawatan buku lalinya yang cedera.
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit kemudian memboloskan diri dari hospital itu melalui siling ketika dia diberi kebenaran mandi.
“Ketika memburunya, wad kecemasan terpaksa dikosongkan sebelum bomba serta pasukan pakar mencari dipanggil.
“Mereka menggunakan alat pengesan haba bagi mengesan lelaki terbabit tetapi gagal,” katanya.
Media melaporkan, polis di sekeliling hospital menggunakan pembesar suara meminta bantuan orang awam memaklumkan mereka jika ternampak lelaki berbogel di kawasan itu.
Suspek akhirnya ditemui dalam ruang siling tidak jauh dari tempat dia mandi.
Dia kini menghadapi tuduhan melarikan diri daripada polis. - AFP
3 Merujuk kepada perkara diatas :
adus bapoklah panasnya duk atas siling sambil berbogel yak :)
macam2 kalo dah terdesak..
salam..
ermmm..macam-macam jadi
bila dah takut tu yak?
:)
Catat Ulasan