Filem lucah Monroe dilelong
Tweet
Penaja yakin peminat fanatik sanggup bayar jutaan dolar
LOS ANGELES: Satu daripada dua salinan filem pendek lucah dibintangi pelakon Marilyn Monroe akan dilelongkan di pesta himpunan filem Buenos Aires. Dengan harga awal AS$500,000 (RM1.4 juta) lelongan itu akan diadakan pada 6 hingga 7 Ogos di Pusat Kebudayaan Borges.
Filem pendek hitam putih itu dirakamkan antara 1946 hingga 1947 dan penaja majlis Mikal Barsa menjangkakan lelongan itu akan mencecah dua kali ganda daripada harga asal.
“Mengetahui ramai peminat fanatik Monroe, filem ini dengan mudah dapat dijual dengan harga jutaan dolar,” kata Barsa pada sidang akhbar di Buenos Aires.
Filem enam minit dimiliki pengumpul Sepanyol yang baru meninggal dunia dan keluarganya membenarkan Barsa menjualnya. Filem yang bertarikh 1946 menunjukkan aktres Amerika, Norma Jean Baker dan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Barsa sudah menjual satu lagi salinan filem itu yang muncul pada 1997 dan dijual kepada pengumpul persendirian dengan harga AS$1.2 juta (RM3.5 juta) pada 2001.
Beliau berkata pihaknya turut menerima tawaran filem itu dari Norway dan Jepun.
Bagaimanapun ramai yang meragui Monroe berlakon dalam filem itu.
Menyingkap ketulenan filem itu, Barsa berkata, dokumen daripada penyiasat FBI yang meneliti asal filem itu dan set barang perhiasan yang dipakai Monroe dalam filem itu adalah sama dengan yang dipakai dalam filem lain dan gambar yang dirakam ketika waktu itu.
Barsa berkata, pegawai Amerika membawa filem itu ke Perancis di mana ia disimpan dan dilupakan selama berdekad di kedai antik di Paris sehingga dua pengumpul Sepanyol tanpa menyedarinya membelinya bersama filem lain dan kemudian menyedari persamaan pelakon itu dengan Monroe. – Agensi
* Sumber Berita Harian Online
GAMBAR yang diambil daripada filem seks Marilyn Monroe.

3 Merujuk kepada perkara diatas :
Org mmg suka nengok citer lucah hitam putih nei huhuhu...
Sepatutnya simpan kat muzium benda ni..hihihi..
Seni keintiman Adam & Hawa yang berlaku dan dilakunkan disetiap saat dan disegenap caruk rantau maya ini, bukan lagi rahsia umum. Dirakam dan pertontonkan pula kepada khalayak (baginya bukan lagi rahsia)memikat manusia kaya, ke lebih kaya raya.
Catat Ulasan