Gambar : Larissa bersedia bogel sekali lagi ( ini kes bolasepak Copa Amerika )
Tweet
SANTA FE: Model terkenal Paraguay, Larissa Riquelme berjanji untuk berbogel jika pasukan kebangsaan negaranya menang pertandingan bola sepak Copa America.
Jelitawan berusia 26 tahun itu dilaporkan sedia beraksi tanpa seurat benang di padang jika Paraguay menjulang piala itu manakala laporan lain mendakwa beliau akan berlari bogel di jalan raya ibu kota Asuncion.
“Jika Paraguay menang Copa America, saya akan beraksi bogel di padang,” katanya sambil memandang ke aras stadium Brigadier General Estanislao Lopez sebelum perlawanan Paraguay menentang Ecuador.
Model Amerika Selatan itu membuat janji yang sama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi Paraguay disingkirkan juara kejohanan iaitu Sepanyol pada peringkat suku akhir.
Meskipun demikian, Larissa menunaikan janjinya dengan berbogel dalam aksi majalah dewasa selepas pertandingan Piala Dunia itu.
Kali ini, Larissa akan berharap pasukan bimbingan Gerrardo Martino dapat mengulangi kejayaan 1999 apabila menang 3-0 ke atas Brazil sebagai tuan rumah.
Paraguay berada dalam Kumpulan B bersama Brazil, Venezuela dan Ecuador. Dalam perlawanan pertama, Paraguay hanya mampu seri 0-0 dengan Ecuador.
Juara bertahan, Brazil juga diikat seri tanpa jaringan oleh Venezuela. Paraguay akan menghadapi Venezuela, Sabtu depan.
Negara yang menjadi tuan rumah pertandingan, Argentina dilanda cuaca sejuk di bawah kosong Celsius ketika benua Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk.
Tetapi, Larissa berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memanaskan’ suasana sebelum perlawanan Paraguay dan Ecuador dengan melayan peminat yang mahu bergambar bersama selain menandatangani autograf di stadium.
Model itu yang memakai baju tebal sekali sekala menari menunjukkan baju kebangsaan yang dipakainya.
“Saya rasa kami akan memberi persembahan baik di Copa,” ramal Larissa yang mengaku akan mengikuti semua perlawanan Paraguay. – Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :
sanggup tu kan
haihhh
Ukur Baju Di Badan Sendiri
Catat Ulasan