GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 20 Julai 2011

Ibu ditangkap kerana cuba jual anak


* HEIDI L. KNOWLES

VANCOUVER, Amerika Syarikat - Seorang wanita tidak berumah dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507) hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual anaknya itu kepadanya.

Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.

Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga dan dadah.

Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.

Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia menginap di Motel Kay's di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.

Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540 (RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.

Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun. - Agensi

* Sumber koSmo! Online



2 Merujuk kepada perkara diatas :

FadhDeela 20 Julai 2011 pada 12:31 PTG  

sanggup dia jual anak dia!! xbaik sungguh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP