Kengerian Norway: 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan Bom
Tweet
OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.
“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.
Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya. - AP
Foto yang diambil oleh wartawan jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway. – Foto AP
Sumber dipetik daripada : - mStar Online
Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP
OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway,
Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS
Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman
Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya. - AP
Foto yang diambil oleh wartawan jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway. – Foto AP
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan