Melukis guna bibir
Tweet
HOUSTON: Jika pelukis lain menggunakan berus untuk menghasilkan karya seni, Natalie Irish pula hanya menggunakan bibirnya yang ditekap ke kanvas untuk membentuk sesuatu imej.
Melalui kaedah tekanan berbeza ketika ‘mencium’ kanvas, Natalie mencipta pelbagai bentuk imej dalam bermacam-macam saiz.
Dalam satu rakaman video, Natalie menggunakan kucupannya untuk melukis wajah aktres legenda, Marilyn Monroe.
Kata Natalie, ketika bersekolah dia belajar melukis menggunakan ibu jari.
“Ia mendapat sambutan, tapi disebabkan teknik itu pernah digunakan pelukis lain, saya kurang selesa,” katanya.
Satu hari, kata Natalie, dia bersiap-siap untuk pergi ke satu majlis dan mengenakan gincu merah dan untuk merapikannya, dia melekap sekeping kertas ke bibirnya.
“Melihat kesan pada kertas itu, saya jadi tertarik dan mula melakukan eksperimen,” katanya.
Ketika melukis, kata Natalie, ada ketikanya dia berasa sangat penat.
“Mata saya juga selalu kelesuan kerana terpaksa bergerak banyak, jauh dan dekat, untuk memastikan setiap lukisan tepat,” katanya. - DM
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :
wow.. hebat la. yg ada tgn ni pun lukis mcm macam cakar.. haha
Catat Ulasan