GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 18 Julai 2011

Pasangan khalwat beri alasan siapkan tugasan kolej


* PASANGAN pelajar kolej yang ditangkap kerana berkhalwat di sebuah hotel di Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR - Helah sepasang kekasih yang mendakwa terpaksa menyewa hotel untuk menyiapkan tugasan kolej bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) gagal apabila mereka ditahan awal pagi kelmarin untuk siasatan lanjut.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, pasangan terbabit turut mendakwa mereka baharu sahaja mendaftar masuk hotel berkenaan.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua telah dua malam menginap di hotel tersebut.

Ketua Operasi JHEAIK, Md. Nasir Md. Dali berkata, pasangan dari Alor Setar berusia awal 20-an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan pejabat agama untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM1,000.

"Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 18 Julai 2011 pada 11:04 PG  

Niat asalnya gitu... namun niat yang lebih di utama :(

Tanpa Nama ,  19 Julai 2011 pada 8:56 PG  

huhuhu gone gamoknya? bajet xde sape ngintai perbuatan diaorngla tu.... kn dah maluuuuuu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP