GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Julai 2011

Pilihan Raya Thailand 2011 : Parti Thaksin menang besar


* YINGLUCK SHINAWATRA mengangkat tangan ke arah para penyokongnya di ibu pejabat parti Puea Thai di Bangkok semalam.

BANGKOK - Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.

Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.

Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.

Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.

Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.

"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.

"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.

Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  4 Julai 2011 pada 8:21 PG  

mungkin selepas beberapa tahun, rakyat Thai sudah terlupa sebab musabab mengapa mereka menggulingkan Thaksin dulu.. apa2 pun, demokrasi yang dijunjung rakyat Thai benar-benar digunakan sebaiknya..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP