GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramai sudah muak dengan Lady Gaga dan Justin Bieber


* Lady Gaga (kiri) dan Justin Bieber.


70,000 responden empat negara jawab tinjauan web majalah

LOS ANGELES: Kebanyakan lelaki sudah muak dengan personaliti muzik sensasi Amerika Syarikat dan Kanada, Lady Gaga serta Justin Bieber, menurut tinjauan sebuah laman web majalah, semalam.

Maklum balas lelaki oleh majalah online AskMen secara besar-besaran mendapat jawapan 70,000 responden dari Amerika Syarikat, Kanada, England dan Australia. Seramai 29 peratus lelaki bosan mendengar nyanyian atau celoteh Lady Gaga, penyanyi yang terkenal dengan penampilan seksi dan kontroversi, lapor Fox News.

Seramai 47 peratus lelaki tidak meminati Bieber, manakala 20 peratus tidak lagi menyukai pelakon Charlie Sheen. Bekas calon Naib Presiden daripada Parti Republikan, Sarah Palin menduduki tempat kedua (25 peratus undi), manakala Lindsay Lohan di tempat keempat (15 peratus undi).

Selebriti terkenal Amerika, Kim Kardashian dan adik-beradik Middleton, Kate dan Pippa juga semakin kurang tarikan dengan 17 peratus tidak mahu mendengar mereka lagi. Responden juga jemu dengan Barack Obama (12 peratus) dan Donald Trump (lapan peratus).

Lebih menarik 42 peratus lelaki Britain tidak mengikuti perkembangan terkini Kardashian. Selain itu, 30 peratus responden jemu dengan ahli politik Republikan, Sarah Palin, 34 peratus lelaki Australia dan dua peratus lelaki Kanada bosan dengan Lady Gaga. – Agensi

* Sumber Berita Harian Online



2 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 30 Julai 2011 pada 7:59 PTG  

dah lama muak dgn lady gaga tu. dia tu pemuja syaitan. Justi Bieber plak x pernah minat dia pun.

Unknown 31 Julai 2011 pada 4:46 PTG  

menyampak gk, xabis2 ngan diorng ni.. bkn best pun~ huhu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP