GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Julai 2011

Wanita Ini Takut Pisang


* Paula Ross (Metro.co.uk)

TEMPO Interaktif, Ketika kecil Paula Ross kerap dipaksa makan buah. Sehinggakan dia mengalami trauma. Dari banyak buah, ada satu buah yang membuat Paula ketakutan luar biasa iaitu pisang.

Jangankan memakannya, melihat atau mencium bau pisang saja sudah membuat dia seram sejuk. Dia semakin takut dengan pisang ketika pernah dibuli oleh teman-temannya di sekolah.

"Mereka mengejar saya dengan pisang, Saya ketakutan dan mereka tertawa, mereka fikir itu lucu," kata Paula seperti dipetik dari Daily Mail.

Paula tak makan pisang selama 20 tahun. Kini, di usia 23 tahun, Paula mula boleh mengalahkan rasa takutnya terhadap pisang. Dia boleh berdamai dengan pisang setelah melakukan terapi.

Paula melakukan terapi dengan psikolog John Bruce. Dia mengikuti program neuro-linguistic. Program ini membantu pesakit mengubah ketakutan seseorang terhadap suatu benda dan menanamkan persepsi positif terhadap benda yang di takutkan.

"Sekarang saya sudah berani memegang pisang. Saya juga tenang makan siang bersama dengan teman-teman saya. Kalau ada yang membawa pisang, saya tak takut lagi," ujarnya.

Menurut Bruce, terapis Paula, fobia pisang adalah hal yang aneh. "Sebelum bertemu Paula, Saya tak pernah membayangkan ada penderita fobia pisang," kata Bruce.

Dia lalu mengajak Paula melawan rasa takutnya terhadap pisang dengan menganggap bahwa pisang itu bukan sesuatu yang menakutkan, tapi sebuah hal yang menenangkan dan membuat senang.

* Sumber tempointeraktif.com


* Suka pisang masak kukus :P



3 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 4 Julai 2011 pada 5:40 PTG  

kesian kat dia kan....takut pisang. huhuhuhu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP