Baju Bruce Lee dilelong 9 kali lebih tinggi daripada jangkaan
Tweet
HONG KONG: Kot dipakai Bruce Lee dalam filem terakhirnya, Game of Death, dijual pada harga RM231,615 dalam sesi lelongan di Hong Kong, semalam.
Nilai itu jauh lebih tinggi daripada anggaran awal.
Sebanyak 13 barang milik aktor filem aksi itu dilelong dalam majlis itu.
Antara yang ditawarkan, kot bulu berwarna biru tua yang dihasilkan pada 1973 untuk filem Game of Death.
Filem itu mula ditayangkan kepada umum selepas Lee mati pada Julai 1973.
Sebelum lelongan, kot itu dijangka dijual pada harga kira-kira RM27,000 saja, tetapi seorang pengumpul barangan lama dari AS menawarkan harga hampir sembilan kali ganda daripada asal.
Sepucuk surat ditulis Lee 45 tahun lalu (gambar) pula dijual pada harga RM154,127. Barangan lain yang dilelong termasuk kad keahlian Lee dalam satu pusat latihan kung fu serta sampul surat beralamat seorang pelajarnya di Hong Kong. - AFP
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :
Kalau dah minat,harge berjuta pun sanggup.Ke nok lari dari income tax.Huhu....
Catat Ulasan