GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 Ogos 2011

‘Orang Minyak’ mengganas


COLOMBO: Beberapa siri serangan ‘orang minyak’ di kawasan luar bandar di Sri Lanka membuatkan penduduk tempatan ketakutan. Kira-kira tiga orang dilaporkan terbunuh akibat serangan ‘orang minyak’, minggu ini. Menurut polis dan media tempatan, serangan itu menyebabkan wanita mengurung diri di dalam rumah dan kaum lelaki menyimpan senjata.

Mengikut sejarah, ‘orang minyak’ adalah pencuri yang hanya memakai seluar dalam dan melumur minyak hitam di badan mereka supaya tubuh licin dan tidak mudah ditangkap. Tetapi, kebelakangan ini, ‘orang minyak’ berkeliaran di waktu malam, menakutkan dan menyerang kaum wanita.

 “Kami mendengar cerita dia menggigit leher dan buah dada perempuan. Walaupun sudah beberapa kali membuat laporan, polis masih belum menjalankan siasatan, malah di dua kawasan, polis telah melepaskan penjahat itu,” kata seorang agen tiket kapal terbang, berusia 36 tahun, dari Kawasan Bukit, Daerah Matale yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dua orang lelaki yang dipercayai ‘orang minyak’ telah dibunuh oleh sekumpulan orang kampung di kawasan penanaman teh di tengah Sri Lanka, Rabu lalu.

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang memburu’orang minyak’ mati apabila terpijak jerat elektrik untuk babi hutan, kata sebuah akhbar Tamil, Sudar Ali, semalam. Kira-kira 30 kejadian telah dilaporkan di tujuh daerah di Sri Langka timur, merentas kawasan penanaman teh di Kawasan Bukit. Polis telah menahan 47 orang sejak bulan lepas.

 “Orang minyak’ tidak wujud. Mereka hanyalah orang biasa yang mempunyai niat jahat untuk mencuri dan melakukan kerja haram,” kata jurucakap polis Prashantha Jayakody. - Reuters

* Sumber myMetro

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 13 Ogos 2011 pada 10:03 PG  

ooo tidak orang minyak mengganas

eelobor 13 Ogos 2011 pada 10:55 PG  

ambik sumbat jer dalam kreta. jimat gak petrok tuh utk maso minyak2 di kurangkan subsidinyer

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP