Pelajar bedah lidah fasih bahasa Korea
Tweet
Jalani prosedur atasi masalah sebut abjad L
LONDON: Seorang pelajar, Rhiannon Brooksbank-Jones, 19, sanggup menjalani pembedahan memanjangkan lidah bagi membolehkan beliau mengusai dan mampu bertutur bahasa Korea dengan fasih berikutan minatnya yang mendalam terhadap budaya dan bahasa negara itu.
Rhiannon adalah pelajar yang berhasrat untuk bekerja di Korea berikutan tertarik dengan kebudayaan dan bahasa itu
“Saya belajar bahasa Korea selama dua tahun tetapi tahap penguasaan saya tidak begitu baik. Saya terpaksa berusaha keras mengeluarkan bunyi tertentu supaya ia tidak kedengaran pelik,” katanya kepada akhbar Daily Mail.
“Saya mengalami masalah menyebut abjad Korea L yang lazimnya mempunyai bunyi lebih tinggi berbanding bahasa Inggeris L dan lidah saya terlalu pendek,” tambahnya.
Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau berjumpa doktor dan mendapati lidahnya terlalu pendek. Walaupun tidak mempunyai masalah berbahasa Inggeris, Rhiannon tetap menjalani pembedahan untuk menguasai bahasa Korea.
Dalam pembedahan frenectomi bahasa, sebahagian tisu menghubungkan lidah dengan bahagian bawah mulut dipotong. Pada 2002 akhbar Korean Herald melaporkan, beberapa kanak-kanak di Gangnam, Korea Selatan menjalani prosedur sama untuk membantu mereka berbahasa Inggeris.
Gadis itu berharap dapat mendalami pengajian Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Korea di Universiti Sheffield, sebelum memohon melanjutkan pengajian di Universiti Yonsei di Seoul.
“Orang Korea pemalu tetapi apabila kita mengenali mereka, mereka sangat mesra dan baik hati. Mereka bersedia lakukan apa saja untuk anda,” katanya. Beliau berkata, ibunya turut bangga dan mengalu-alukan minatnya terhadap kebudayaan negara lain di dunia. – Agensi
* Sumber berita harian Online
* RHIANNON menunjukkan lidahnya selepas dibedah.

1 Merujuk kepada perkara diatas :
suka jugak dengan cite2 korea..tapi x fanatik cam ni
Catat Ulasan