GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 16 Ogos 2011

Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel


GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu. Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

10 Merujuk kepada perkara diatas :

biela bell 16 Ogos 2011 pada 7:05 PG  

Ya Allah..takutnyer..ape nye kejam nya camnie..
suami panas baran.isteri pula patOt dgar ckp suami.huhu

abu muaz 16 Ogos 2011 pada 7:09 PG  

suami dan isteri ni mempunyai ego tersendiri

Tanpa Nama ,  16 Ogos 2011 pada 7:54 PG  

mnakutkn dpt suami mcm ni. ish3 ;(

RinnAzrinah 16 Ogos 2011 pada 8:18 PG  

Isk..isk..isk.. ape kejam sgt?... mcm x bleh bwk runding bebaik je... dedua pun same ego...

Eniaga_hill 16 Ogos 2011 pada 8:41 PG  

Kenapa nak berbuka rumah kakak ? awakkan ada laki berbukalah dengan laki awak. tanggungjawab tu menguruskan makan minum suami lebih-lebih lagi bulan-bulan puasa begini. tak patut rasanya awak meninggalkan suami semata-mata nak berbuka rumah kakak. Harus utamakan suami walau dalam apa keadaan sekali pun sekiranya suami meminta.

nazirah 16 Ogos 2011 pada 9:03 PG  

aish takotnye.. huh macam2 hal la.. aih

E.K 16 Ogos 2011 pada 10:22 PG  

Apa punya suami perangai macam haram ni?
Isteri kau tu perhiasan dunia kau, amanah kau, yg kau x jaga elok² nampak sgt la kau x pndai nk pimpin keluarga.

Ardini Humaira 16 Ogos 2011 pada 11:35 PG  

kejam punya suami.. walopon bini tu wat salah ke apa janganla wat cemtu..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP