GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 21 September 2011

Kereta tanpa pemandu


* SEORANG saintis membetulkan pengimbas laser di atas bumbung kereta yang dikawal komputer.

BERLIN: Ia boleh bercakap, melihat dan memandu serta tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya dari jarak jauh.

Kereta masa depan, yang dikawal komputer sepenuhnya kini sudah berada di jalan raya di Berlin. Sepanjang musim panas, penyelidik dari bandar Free University menguji kenderaan itu di sekitar ibu negara Jerman. 

Kereta berkenaan bergerak menerusi trafik bersendirian dengan menggunakan gabungan peranti, termasuk komputer, elektronik dan sistem pemandu arah ketepatan satelit, pengimbas laser di atas bumbung dan sekitar bampar depan dan belakang.

“Kenderaan itu boleh mengenal pasti kereta lain di jalan raya, pejalan kaki, bangunan dan pokok yang terletak sejauh 70 meter di sekelilingnya.

“Malah, ia juga boleh melihat lampu isyarat di depan merah atau hijau dan bertindak sepatutnya,” kata Raul Rojas, Ketua Penyelidik Kumpulan Kecerdasan Tiruan universiti itu, Menurutnya, pengenalpasti an dan tindak balasnya terhadap persekitaran adalah lebih pantas berbanding reaksi manusia Saintis terbabit menjalankan kajian terhadap kereta ujian, sebuah Volkswagen Passat dengan melengkapkan teknologi khas yang menelan belanja 400,000 euro (RM1.7 juta) sejak empat tahun lalu.

Beberapa kumpulan lain sebelum ini turut memberi tumpuan terhadap teknologi serupa baru-baru ini, khususnya Google, yang kini menjalankan kajian kereta robotik Toyota Prius di Nevada. - AP

* Sumber myMetro



3 Merujuk kepada perkara diatas :

zetty 21 September 2011 pada 9:21 PG  

dunia dah maju...rakyat semakin cerdik...apa akan jadi masa depan..nantikan..hehehe..lama xdtg singgah....selamat bertemu kembali..hehehe

jeragang 21 September 2011 pada 9:24 PG  

bermula dari impian menjadi realiti itulah poses invensi an inovasi

Nizam 21 September 2011 pada 10:32 PG  

Lepas ni ande la budok mandu kerete gayenye

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP