GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 17 September 2011

Mogok seks amankan kampung


MANILA: Wanita di sebuah perkampungan di selatan Filipina berjaya mewujudkan keamanan selepas mengancam melakukan ‘mogok seks’ jika pasangan mereka terus berperang, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Amaran mengenai ‘mogok seks’ itu dibuat wanita di Kampung Dado, Mindanao, yang sering menyaksikan berlaku pertikaian di kalangan penduduk setempat.

Pegawai serantau Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Rico Salcedo, berkata tindakan itu akhirnya membolehkan 102 keluarga yang mendiami kampung berkenaan hidup aman dan membangun.

“Kawasan ini sering berlaku konflik membabitkan pertikaian di antara keluarga atau isu tanah,” katanya. 

Menurut Salcedo, idea ‘mogok seks’ itu datang daripada sekumpulan wanita tempatan yang menubuhkan perniagaan jahitan.

Bisnes mereka terjejas apabila produk siap dijahit tidak dapat diserahkan kepada pelanggan kerana laluan di kampung itu sering ditutup untuk mengelak keganasan.

Menurut Salcedo, kejadian tembak-menembak sering berlaku di kalangan lelaki tempatan, terutama di kawasan berhampiran jalan. Pemimpin kumpulan wanita itu, Hasna Kandatu, berkata mereka bersepakat enggan melayan suami masing-masing jika terus mencetuskan masalah.

“Jika mereka keluar rumah untuk berkelahi, mereka tidak dibenarkan pulang dan kami enggan melayan mereka,” katanya. Pertikaian suku membabitkan masalah tanah, wang atau politik sering berlaku di selatan Filipina. - AFP

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Hashim Zabidi 17 September 2011 pada 11:08 PG  

Tindakan yang bagus oleh segelintir wanita disitu supaya menjadi ikutan kpd yg lain. Biar padan muka kaum lelaki yg suka bergaduh dan apabila balik ke rumah mengerjakan bini.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP