Dapat RM311,400 selepas 520 hari dikurung
Tweet
MOSCOW - Sekumpulan kru penyelidik antarabangsa akhirnya keluar dari sebuah kapsul selepas 520 hari dikurung di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di sini.
Semua kru lelaki itu yang terdiri daripada tiga rakyat Rusia, seorang lelaki Perancis, seorang warga Itali dan China telah tinggal dalam kurungan tersebut sejak Jun 2010.
Mereka dikurung untuk menjalani suasana dikurung, tekanan dan kepenatan dalam satu eksperimen perjalanan jauh ke planet Marikh.Kru itu berkomunikasi dengan pihak penganjur dan keluarga masing-masing menerusi Internet yang sengaja diganggu untuk menggambarkan suasana sebenar di angkasa lepas.
Mereka makan makanan bertin sama seperti yang terdapat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.Pihak penganjur menyatakan, setiap kru sukarela itu akan dibayar kira-kira AS$100,000 (RM311,400).
"Kru-kru antarabangsa sudah menamatkan misi 520 hari," kata Komander Alexei Sityov salah seorang penyelidik yang terlibat dalam eksperimen tersebut kepada bos agensi angkasa lepas Rusia selepas dia keluar dari kapsul itu.
"Program itu telah dilakukan sepenuhnya. Semua kru berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Kami bersedia utnuk menjalani ujian yang seterusnya," tambahnya.
Kru Itali, Diego Urbina yang menggenggam tangannya dengan gembira semasa keluar dari kapsul itu menyatakan ia seperti satu bentuk penghormatan buatnya untuk terlibat dalam program berkenaan.
Penyelidik dari China, Wang Yue berkata "Selepas 520 hari, kami akhirnya kembali."Kru dari China, Itali, Perancis dan tiga Rusia itu diberikan bunga oleh seorang penyelidik wanita sebagai hadiah kerana usaha mereka.
Namun, mereka kemudian dibawa oleh para penyelidik untuk menjalani ujian perubatan selama beberapa hari.Kru-kru itu akan hadir pada satu sidang akhbar pada Selasa depan.- Agensi
* Sumber
* ENAM kru antarabangsa bergambar selepas mereka keluar dari sebuah kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow semalam.
MOSCOW - Sekumpulan kru penyelidik antarabangsa akhirnya keluar dari sebuah kapsul selepas 520 hari dikurung di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di sini.
Semua kru lelaki itu yang terdiri daripada tiga rakyat Rusia, seorang lelaki Perancis, seorang warga Itali dan China telah tinggal dalam kurungan tersebut sejak Jun 2010.
Mereka dikurung untuk menjalani suasana dikurung, tekanan dan kepenatan dalam satu eksperimen perjalanan jauh ke planet Marikh.Kru itu berkomunikasi dengan pihak penganjur dan keluarga masing-masing menerusi Internet yang sengaja diganggu untuk menggambarkan suasana sebenar di angkasa lepas.
Mereka makan makanan bertin sama seperti yang terdapat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.Pihak penganjur menyatakan, setiap kru sukarela itu akan dibayar kira-kira AS$100,000 (RM311,400).
"Kru-kru antarabangsa sudah menamatkan misi 520 hari," kata Komander Alexei Sityov salah seorang penyelidik yang terlibat dalam eksperimen tersebut kepada bos agensi angkasa lepas Rusia selepas dia keluar dari kapsul itu.
* GAMBAR bertarikh 24 Julai lalu menunjukkan beberapa kru bersantai dalam kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow.
"Program itu telah dilakukan sepenuhnya. Semua kru berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Kami bersedia utnuk menjalani ujian yang seterusnya," tambahnya.
Kru Itali, Diego Urbina yang menggenggam tangannya dengan gembira semasa keluar dari kapsul itu menyatakan ia seperti satu bentuk penghormatan buatnya untuk terlibat dalam program berkenaan.
Penyelidik dari China, Wang Yue berkata "Selepas 520 hari, kami akhirnya kembali."Kru dari China, Itali, Perancis dan tiga Rusia itu diberikan bunga oleh seorang penyelidik wanita sebagai hadiah kerana usaha mereka.
Namun, mereka kemudian dibawa oleh para penyelidik untuk menjalani ujian perubatan selama beberapa hari.Kru-kru itu akan hadir pada satu sidang akhbar pada Selasa depan.- Agensi
* Sumber
1 Merujuk kepada perkara diatas :
Lame betol yek.Dekat 2 tahun...
Catat Ulasan