GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 November 2011

Dr Conrad Murray bersalah bunuh Raja Pop Michael Jackson


* MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan

LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, diletakkan dalam pengawasan ketat selepas dia dibawa ke penjara dengan tangan bergari sebaik saja didapati bersalah membunuh Raja Pop itu.

Dengan wajah muram, Murray, 58, kelihatan tidak berkelip matanya ketika juri terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita sebulat suara mensabitkan kesalahan membunuh tanpa niat ke atasnya.

Keputusan itu diambil selepas mereka berbincang selama sembilan jam. Murray didapati bersalah menyebabkan kematian Michael, 50, dengan memberinya ubat penahan sakit secara berlebihan. Perbicaraan itu mengambil masa enam minggu.

Di penjara, pihak berkuasa meletakkan Murray sebagai tahanan berpotensi untuk membunuh diri sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Melalui tuduhan itu, Murray boleh dipenjara sehingga empat tahun. Sementara itu, keluarga Michael jelas gembira dengan keputusan berkenaan.


* MICHAEL...meninggal dunia di rumahnya pada 25 Jun 2009.

Dalam mahkamah, kakak Michael, La Toya, kedengaran berkata “Yes!” selepas juri membacakan keputusan mereka kira-kira jam 9.15 malam (waktu tempatan).

Di luar pula, ratusan peminat bersorak dan melompat kegembiraan apabila Murray disabitkan kesalahan membunuh artis kesayangan mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Pastor, enggan membenarkan Murray diikat jamin dan mengarahkan tertuduh ditahan sebelum keputusan ditentukan tiga minggu lagi. Kata Pastor, orang awam wajar dilindungi dan Murray melakukan jenayah yang menyebabkan kematian.


Sejurus selepas itu, Murray dikelilingi tiga anggota keselamatan yang menarik tangannya ke belakang untuk digari. Peguam bela Murray, Ed Chernoff, dilihat menitiskan air matanya ketika keputusan juri dibaca.

Selain La Toya, turut hadir di mahkamah, bapa Michael, Joe; ibunya, Katherine; serta adik-beradik Raja Pop itu, Randy, Jermaine dan Rebbie. Anak Michael - Prince, 14; Paris, 13, dan Blanket, 9, - tidak menonton liputan keputusan itu di televisyen supaya Katherine boleh menyampaikannya sendiri kepada mereka. - TS

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP