Gambar : Pengacara ditampar raba payu dara rakan setugas
BERLIN - Seorang pengacara televisyen Jerman, Hans Blomberg ditampar oleh rakan setugas wanita ketika mereka mengendalikan satu program yang disiarkan secara langsung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Blomberg yang berumur 31 tahun ditampar kerana dia meraba payu dara rakan setugasnya, Susanka Bersin.
Ketika kejadian, Blomberg dalam persediaan untuk mengumumkan satu keputusan pertandingan nyanyian di wilayah Baden-Wuerttemberg.
Sebelum meraba payu dara Susanka, Blomberg berkata: "Bagaimanapun, dua mata tercantik masih kekal berada dalam tangan saya."
Dia kemudian meraba payu dara Susanka yang berumur 28 tahun itu.
Tindakan itu mengejutkan Susanka yang kemudian menamparnya.Blomberg berkata, dia tidak mengetahui kenapa perbuatannya itu mencetuskan kekecohan.
Dia berkata: "Skandal yang sebenar ialah dia menampar saya dan bukan saya meraba payu daranya."
Ketua Blomberg, Karsten Kroeger mengaku perbuatan pengacara lelaki itu sebagai keterlaluan tetapi mengumumkan dia tidak akan memecatnya. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan