GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 November 2011

Kaki ‘gajah’ dipotong tumbuh semula


* PENYAKIT LUAR BIASA...jangkitan kuman menyebabkan kaki Mandy membesar melampau.

LONDON: Seorang wanita yang dipotong satu daripada kakinya kerana membesar sehingga mencapai berat lebih 31.5 kilogram kini cemas apabila organ itu kembali tumbuh dengan pantas.

Mandy Sellars dari Accrington, Lancashire, menghidap penyakit yang jarang berlaku menyebabkan kedua-dua kakinya membesar melampau, manakala tubuhnya kekal seperti biasa.

Pemeriksaan doktor sebelum itu mendapati, kaki kiri Mandy, 36, dijangkiti kuman dan boleh mengancam nyawanya jika tidak dibuang.

Bagaimanapun, 22 bulan selepas menjalani pembedahan itu, baki kaki kirinya mula tumbuh dan membengkak. Kata Mandy, dia memang berharap pembedahan membuang sebahagian daripada kaki kiri itu akan membolehkan keadaannya stabil.

Tetapi hati saya berkata, ia akan kembali semula,” katanya. Mandy berkata, dia mula menghadapi masalah sama “hampir serta-merta” dan ia menyukarkannya memakai kaki palsu.


* SERBA SUKAR...Mandy menggunakan kerusi roda.

Tidak lama kemudian, kata Mandy, kakinya menjadi terlalu besar dan berat sehingga ia hampir-hampir menyebabkan kaki palsunya pecah.

Kini kaki Mandy terus membesar dengan berat hampir 32 kilogram dan ukur lilit satu meter. Bekas sukarelawan pertubuhan kebajikan haiwan itu berharap masalah itu dapat diatasi segera.

Sementara menunggu keadaannya pulih, Mandy berjuang untuk sentiasa berfikiran positif dan meneruskan hidupnya seperti biasa.

Penyakit dialami Mandy agak sama dengan sindrom Proteus yang menjangkiti Man Joseph Merrick sehingga dia digelar Lelaki Gajah.

Kuman Proteus boleh menyebabkan anggota badan manusia membesar. Dianggarkan hanya ada kira-kira 120 orang di seluruh dunia mengalami masalah dihadapi Mandy. - DM

* Sumber myMetro



2 Merujuk kepada perkara diatas :

Ateh Nour 8 November 2011 pada 8:49 PG  

Sallam,

Selamat Hari raya Aidil Adha,

Wah...sukarnya dia nak bergerak dalam keadaan macam itu..

Aku Anak Pahang 8 November 2011 pada 8:50 PG  

Macam ekor cicak laa pulok yak...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP