GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 21 November 2011

Kecoh pelajar Universiti di Mesir berbogel dalam blog



Kaherah – Tindakan seorang pelajar universiti di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy ( gambar ) yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.


Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.


Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga pengunjung dalam masa dua saat.


Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah itu.


Ia termasuk gelaran pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya.
Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.



Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak ramai dan atas paksaan keluarga.


Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.


Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6 April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu.


Dalam pada itu, Pergerakan Belia 6 April Mesir menyifatkan tindakan gadis itu menyamar sebagai anggota pertubuhan berkenaan sebagai satu konspirasi.


“Gadis bernama Aliaa al-Mahdy ini telah menyebarkan pembohongan mengenai kumpulan ini. Kami tidak mempunyai anggota yang terlibat dalam perbuatan tidak bermaruah dan dia ini adalah agen Keselamatan Negara yang hanya ingin merosakkan imej kami selepas kejayaan protes anti kerajaan yang berjaya menyingkirkan Hosni Mubarak, Februari lalu,” kata pergerakan berkenaan dalam satu kenyataan.

* Sumber

3 Merujuk kepada perkara diatas :

burnkelana 21 November 2011 pada 3:46 PTG  

Huh.. Ape punya manusia da.. Saje cari pasal.

jeragang 21 November 2011 pada 8:30 PTG  

semakin gila dunia ..... akhir zamang

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP