GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 14 Disember 2011

Aktor James Bond pertahan filem Dragon

* SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo menunjukkan Daniel Craig (kanan) dan aktres Rooney Mara.
LONDON - Pelakon yang membawa watak James Bond, Daniel Craig mempertahankan filem lakonannya dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo.
Dalam filem itu, Craig yang melakonkan watak Mikael Blomkvist sebagai wartawan menyatakan ia merupakan sebuah filem untuk golongan dewasa.
"Ia merupakan sebuah filem dewasa," katanya semasa diwawancara dengan wartawan stesen Perbadanan Penyiaran British semalam.
Filem itu dihasilkan berdasarkan novel hasil karya Stieg Larsson dari Sweden yang telah dijual berpuluh-puluh juta naskhah.
Dragon Tattoo ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember depan dan di Britain pada 26 Disember depan.
Filem itu ditayangkan di London pada lewat malam kelmarin.
Craig, 43, berkata, penulis skrip filem Dragon Tattoo, Steven Zaillian berjaya menonjolkan isi kisah yang dihasilkan oleh penulis dari Sweden itu.
Dia juga mempertahankan adegan dalam filem itu yang dikategorikan sebagai R.
Kategori itu dianggap oleh Persatuan Wayang Bergerak Amerika mempunyai kandungan ganas termasuk rogol, penderaan, bogel dan mempunyai unsur seksualiti yang kuat.
Filem itu diarahkan oleh David Fincher yang pernah mengarahkan filem The Social Network, Zodiac,Fight Club and Seven.
Menurut Craig, tema buku itu mengetengahkan isu bahawa ramai pembunuh bersiri adalah lelaki dan mereka membunuh wanita.
- Reuters

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP