GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 12 Disember 2011

Download borang bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) : Jual borang 20 sen


KEPALA BATAS: Terdapat pihak yang cuba mengangguk di air keruh dengan menjual salinan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), berjumlah RM500 tunai, dengan harga 20 sen sekeping sedangkan ia diedarkan secara percuma.

Akhbar ini menerima aduan daripada beberapa individu yang terpaksa membeli salinan borang berkenaan dengan harga 20 sen di beberapa kedai menjual akhbar di pekan ini sejak ia mula diedarkan kepada orang ramai kelmarin.

Mereka yang mulanya enggan beratur dengan mengambil borang berkenaan di tempat disediakan, terpaksa mengeluarkan modal atas perkhidmatan fotostat yang dijalankan peniaga berkenaan.

Peniaga gerai makan mahu dikenali sebagai Sharifah, 40-an berkata, dia dimaklumkan rakan bahawa borang BR1M diedarkan secara percuma sejak kelmarin, malah ada yang diselitkan dalam akhbar. Menurutnya, dia juga mendapat tahu beberapa kedai turut mengedarkan borang berkenaan lalu bergegas ke kedai dimaksudkan untuk mengambilnya.

"Saya terkejut apabila diberitahu perlu membayar 20 sen untuk mengambil borang berkenaan. Memang 20 sen bukan jumlah yang besar tetapi jelas ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari hasrat kerajaan membantu rakyat kurang berkemampuan," katanya.

Bantuan tunai RM500 diberikan kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah bagi meringankan beban mereka berikutan kenaikan kos sara hidup. Sorang wanita yang mahu dikenali sebagai Zai, 20-an, pula berkata, mulanya dia teruja melihat orang ramai berebut-rebut mengambil borang BR1M di sebuah kedai menjual akhbar, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan membayar 20 sen kerana tiada pilihan.

"Nampak sangat peniaga berkenaan mahu mengaut keuntungan dengan cara mudah," katanya.

Peniaga, Iswady Mohamad, 34, berkata tindakan peniaga akhbar mengenakan caj 20 sen bagi borang berkenaan satu tindakan keterlaluan dan cuba mengaut keuntungan atas angin.

"Kelmarin, saya membuat 20 salinan dan mengedarnya kepada orang kampung secara percuma walaupun perlu mengeluarkan modal sendiri RM1.

"Pihak yang mengenakan caj 20 sen untuk satu borang memang tidak patut," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas Zabidi Ariffin berkata, borang BR1M diedarkan secara percuma dan pada bahagian atas borang itu sendiri tertera perkataan ‘Percuma’.

Dapatkan borang ( Muka depan ) ( Muka belakang )

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP