GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 Disember 2011

Download borang bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) :Usah beri akaun bank

KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, kementerian menerima aduan orang ramai mengenai munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.

“Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

Lim berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lalu, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lalu dan tarikh akhir menghantar borang pada 10 Januari tahun depan.

Maklumat lanjut mengenai BR1M boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini, pihaknya akan ‘turun padang’ Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M. Mohan berkata, Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang.

“Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang. “Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini,” katanya.

- Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP