GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 22 Disember 2011

Gambar seorang ibu : 3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak


* Donna Kelly menunjukkan bagaimana dia menghabiskan masa selama tiga bulan terbaring dengan kakinyadi atas kepalanya semasa mengandung

COVENTRY: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.

Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.
Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.


* Puan Kelly dengan Amelia anak perempuannya yang kini berusia 17 minggu

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.


“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

* Sumber







2 Merujuk kepada perkara diatas :

Shah 22 Disember 2011 pada 3:51 PTG  

hebat, perjuangan tiada tandingan

Terbakor 29 Mei 2012 pada 7:00 PTG  

betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu demi melahirkan anaknya..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP