Kahwin lambat punca kesuburan turun
Tweet
PUTRAJAYA - Fenomena kahwin lewat dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan dalam kalangan penduduk Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, faktor berkenaan menyebabkan purata kadar kesuburan penduduk telah mencatatkan penurunan daripada tiga orang anak pada tahun 2000 kepada 2.2 orang sahaja pada tahun 2010.
"Jika dahulu, kebanyakan pasangan berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu sekitar awal 20-an tetapi kini berbeza dengan pasangan pada masa ini rata-rata memilih untuk berkahwin pada usia awal 30-an.
"Kelewatan mendapat zuriat berikutan perkahwinan yang lambat mempengaruhi kadar kesuburan dan seterusnya kependudukan negara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Nor Mohamed, statistik itu berdasarkan indikator demografi Malaysia pada tahun 2000 dan tahun 2010 yang dibentangkan dalam Laporan Ketiga Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, fenomena kahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa mendapat anak sekali gus menyebabkan penurunan kadar kesuburan.
* Sumber Kosmo! Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan