GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 16 Disember 2011

Sekolah larang seluar seksi

* SEORANG pelajar memakai seluar seksi
(kiri) manakala rakannya memakai seluar yang dibenarkan oleh pihak sekolah

BRISTOL - Seorang pengetua sekolah dekat sini mencetuskan kemarahan ibu bapa selepas dia mengeluarkan pekeliling yang melarang pelajar perempuannya memakai seluar panjang ketat, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengetua sekolah di England itu, David New mengeluarkan arahan tersebut selepas semakin ramai pelajar perempuan memakai seluar ketat yang popular dengan panggilan Miss Sexy.
New berkata, seluar itu tidak sesuai dipakai kerana menampakkan bentuk seluar dalam si pemakainya selain ia terlalu menyerlah kerana diselitkan dengan banyak zip dan kancing.
Setakat ini, guru besar itu telah mengarahkan beberapa pelajar pulang kerana memakai seluar seksi itu ke sekolah manakala mereka yang terus berdegil akan diletakkan dalam kelas berasingan.
Baru-baru ini, seramai 1,350 pelajar perempuan diberitahu bahawa mereka yang mahu memakai seluar perlu membeli seluar hitam yang dijual oleh pihak sekolah itu.
Namun, ramai ibu bapa enggan mengeluarkan wang sebanyak £16.99 (RM92) untuk berbuat demikian manakala 80 peratus mendakwa seluar baru itu tidak banyak berbeza berbanding seluar lama yang didakwa seksi. - Agensi
* Sumber

2 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 16 Disember 2011 pada 12:10 PTG  

Tak jadi keje cikgu kalau gitu yak :)

maestro 13 Disember 2012 pada 1:17 PTG  

terbaik.ttp la aurat skit.ngeh3

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP