GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Oktober 2011

Pasangan OKU dicekup khalwat



* PASANGAN OKU disoal siasat pegawai penguat kuasa JAIK selepas ditangkap berkhalwat di sebuah rumah di Jalan Langgar, Alor Setar, semalam.


Lari dari rumah ibu saudara selepas hasrat bernikah tidak direstui keluarga

ALOR SETAR: Sepasang pasangan kekasih yang juga orang kelainan upaya (OKU) dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, di sini, pagi semalam.

Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur, sebelum datang ke negeri ini dengan menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang untuk bernikah di Thailand.

Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan bertindak untuk bernikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang oleh ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya gagal menguruskan rumahtangga disebabkan tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembam, manakala wanita itu mengalami kecacatan fizikal serta berkerusi roda.

Malah, pasangan berkenaan yang berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur itu sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita terbabit sejak 17 Oktober lalu, sebelum dicekup berkhalwat pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah dari empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, pada jam 9.15 pagi.

Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja T dan berseluar pendek paras paha.

"Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya mengerekot, manakala pasangannya pula kelihatan normal tetapi mengalami masalah lembam.

“Wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya di sini, semalam.

Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.

Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

* Sumber Berita Harian Online



Read more...

Ini dia bayi yang ke 7 billon di dunia

* Danica May Camacho

MANILA: Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.

Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital.

"Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu. “Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho. Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.


* A newly born baby girl named Danica Camacho, the Philippines' symbolic seven billionth baby Photo: AP

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.

“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya.

Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. - AFP

* Sumber



Read more...

Pelacur pakai topeng tengkorak


* SEBAHAGIAN pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di bandar raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Lebih 100 pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di sini kelmarin.

Mereka memakai topeng itu dan berarak bagi memperingati kematian beberapa pekerja seks terutamanya yang mati akibat pembunuhan ganas. - Reuters

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Budak malang dapat RM30 juta


* My girl: Ryan Jeffers holds up daughter Malyia. The family were awarded $10m in one of the largest medical malpractice payouts ever in California

SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


* Motherly love: Malyia gets something to drink form her mother Leah


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

* Sumber



Read more...

Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari


* BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina.

LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Gadis Palestin protes Zionis melalui lagu


* PEJUANG SENI...Mai (kiri) bersama Amane merakam lagu di sebuah studio di Nazareth, semalam.

NAZARETH (Israel): Dua remaja Arab yang menetap di Israel menggunakan lagu rap untuk menyampaikan pelbagai mesej, termasuk politik.

Dikenali sebagai Damar, Mai Zarqawi, 15, dan Amane Tattur, 16, berazam mendedahkan pengalaman masyarakat minoriti Arab yang mengalami diskriminasi berterusan di Israel.Damar adalah bahasa Arab bermaksud “kemusnahan.”

Kumpulan itu ditubuhkan selepas Mai dan Amane bertemu dan berkongsi minat memperjuangkan hak warga Palestin di sekolah di Nazareth pada 2009.Kata Mai, mereka bukan bersikap anti-Yahudi, sebaliknya menentang idealogi Zionisme yang merampas tanah dan budaya Palestin.

Kedua-dua remaja terbabit enggan menganggap diri mereka sebagai warga Israel berbangsa Arab, sebaliknya penduduk Palestin yang menetap di Nazareth - bandar didiami kira-kira 72,000 orang.Melalui lirik yang berterus terang, Mai dan Amane menyampaikan mesej melalui seni, seperti dalam lagu Generasi Ketiga:

“Adakah anda fikir generasi ketiga menjadi Israel? Masa tidak akan membuat mereka lupa, sebaliknya akan menambah sejarah. Kami tak mahu kesenyapan anda, kami tak mahu penjara dan sempadan.”

Ketika ini ada kira-kira 1.6 juta masyarakat Arab di Israel yang membentuk 20 peratus daripada keseluruhan populasi negara Yahudi itu.

Walaupun mendapat kewarganegaraan, mereka tetap dianggap penduduk kelas kedua, termasuk daripada aspek penjagaan kesihatan, pendudukan dan pembangunan ekonomi. - AFP

* Sumber myMetro



Read more...

Gua terpilih sebagai Blogger Hangit minggu ini | Ha ! Ha !



Nama sebenar / timangan : relevan Sokmo
Jantina : Jejaka
Umur : 35-44
Laman blog : http://relevansokmo.com
Negeri asal : Pahang

Sila teruskan bacaan untuk ikuti sesi interview bersama Blogger Hangit Minggu Ini. :)

Berapakah anggaran pelawat yang mengunjungi blog anda dalam sehari ?

500

1)Serba sedikit informasi tentang laman blog anda :

Dulunya blog peribadi tapi sekarang dah bertukar menjadi portal blog tak tau kenapa...

2)Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk berblogging dalam seminggu?

8 hari seminggu

3)Apakah pekerjaan anda sebelum menceburi diri dalam dunia blog?

Menoreh part time..

4)Apakah matlamat asal blog anda dan kenapa anda buat blog? 

Cari duit tambahan.. sapa kata dengan berblog tak boleh kaya raya..?

5)Bagaimana anda capai target sebagaimana sekarang ? Apa yang mendorong anda untuk terus blogging?  

Dapat ramai aweks..

6)Apakah tips yang boleh anda sumbangkan untuk blogger baru yang nak menceburi bidang blogging supaya berjaya?

Kerja kuat..curi atau cari trafik sebanyak mungkin..

7)Salah satu masalah utama untuk blogger baru ialah untuk mendapatkan traffik. Apakah tips yang anda boleh berikan kepada mereka untuk menjana traffik ke blog mereka?

Redah dan ping! sana sini.. reti dalam bermain ilmu meta..

8)Selalu promote atau ping entri blog anda dekat mana?

Facebook / twitter dan juga stesen bas..

9)Senaraikan tiga(3) blog kegemaran anda dan apa yang membuatkan blog itu sungguh istimewa? 

blog ben sehari

blog red mami

blog cik durian

10)Aktiviti lain selain berblogging?

Jogging..

11)Matlamat anda dengan blog anda untuk 5 tahun akan datang? 

Boleh menjadi kaya dan raya..sehingga 19k sebulan income




Blog yang santai dan berita yang diutarakan pun menarik untuk dibaca. Cuma kalau boleh banyakkan view entri latest dalam homepage. Paling kurang pun tiga entri sebab kalau hanya buat satu entri sahaja agak berisiko. Kalau dua entri depan tak best, orang dah tak nak baca entri selepas itu meskipun entri ketiga tu punchline relevansokmo. Code snippet 10 entri terkini akan lebih menarik minat pembaca untuk membaca kalau disertakan thumbnail sekali. Nasihangit doakan agar impian relevansokmo untuk mendapat income 19k sebulan termakbul. Hehehe :)


*** Terima kasih di ucapkan kepada blogger nasi hangit -- sila ke blog beliau yang sarat dengan informasi ..


* Sumber ------- > Nasi Hangit





Read more...

Gambar : Dua wanita dedah payudara ditangkap


* DUA wanita yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.

LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.


Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi

* Sumber



Read more...

Bawa anak goda lelaki


ALOR GAJAH: Seorang isteri muda yang digantung tidak bertali dan dianugerahkan tubuh menggiurkan, dikesan menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan wang bagi menyara anak selain memenuhi tuntutan batinnya.

Isteri berusia 18 tahun tahun itu menjadi idaman lelaki mata keranjang yang sanggup berhabis wang untuk menidurinya kerana pakej lengkap dimilikinya.

Dia mengakui selain bagi mencari nafkah untuk seorang anak perempuan tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan seorang lelaki dua tahun lalu, dia turut mendapat kepuasan seks.

Wanita itu yang dikenali sebagai Ita berkata, dia berkahwin dengan seorang lelaki seawal usia 14 tahun atas pilihan keluarganya.

Bagaimanapun, dia ditinggalkan selepas seminggu berkahwain sebelum melakukan beberapa pekerjaan bagi menyara dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Read more...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Gambar : Mesin kematian Dr Jack di lelong



'Thanatron' atau yang biasa disebut sebagai 'Mesin Kematian' dilelang di Institut Teknologi New York, Amerika Syarikat, Jumaat (28/10/2011). Mesin yang dirancang Dr. Jack Kevorkian tersebut dilelang bersama sejumlah benda pribadi milik sang dokter. Semasa hidupnya, Kevorkian dikenal sebagai doktor yang mendukung euthanasia. Walaupun menimbulkan kontroversi, doktor 'maut' tersebut telah menolong lebih dari 100 orang mengakhiri hidup mereka. Kevorkian sendiri telah meninggal dunia pada usia 83 tahun pada June lalu. (Foto: REUTERS/ Shannon Stapleton)



* Mesin 'Thanatron' diperlihatkan di Institut Teknologi New York, di New York, Amerika Syarikatt, Khamis (27/10/2011). Foto: REUTERS/ Shannon Stapleton


* Surat izin mengemudi Dr. Jack Kevorkian diperlihatkan di Institut Teknologi New York, di New York, Amerika Syarikat, Khamis (27/10/2011). Foto: REUTERS/ Shannon Stapleton


* Botol ubat yang diresepkan Dr. Jack Kevorkian diperlihatkan di Institut Teknologi New York, di New York, Amerika Syarikat, Khamis (27/10/2011). Foto: REUTERS/ Shannon Stapleton


* Lukisan minyak karya Dr. Jack Kevorkian diperlihatkan di Institut Teknologi New York, di New York, Amerika Syarikat, Khamis (27/10/2011). Foto: REUTERS/ Shannon Stapleton


* Sumber VIVAnews



Read more...

LGM hasilkan mesin bantu penoreh getah


* DR. Salmiah Ahmad (kanan) melihat mesin menoreh getah ARTS sambil diberi penerangan oleh Ketua Unit Reka Bentuk Produk, Dr. Nazirah Ahmad (kiri) dan pegawai penyelidik Lee Jiang Joon (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Lembaga Getah Malaysia (LGM) melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan mesin Sistem Toreh Getah Automatik (ARTS) yang pertama di dunia bagi memudahkan dan menjimatkan masa menoreh.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Salmiah Ahmad berkata, ARTS bakal meningkatkan produktiviti industri getah negara dengan memudahkan proses penorehan dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Dengan ARTS, pekebun kecil boleh menentukan pukul berapa pokok getah perlu ditoreh, dikumpulkan dan terus dihantar ke pusat pengumpulan getah berhampiran.

"Bagi penyelenggaraan, pekebun kecil hanya perlu mengecas bateri dan pisau torehan setiap enam bulan sekali," katanya pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS 2011) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, biasanya seseorang penoreh akan mengusahakan empat hektar kebun getah dengan kekerapan menoreh dua hari sekali.Bagaimanapun, dengan ARTS, pekebun boleh menoreh setiap hari dengan hanya menetapkan masanya.

Salmiah berkata, kelebihan ARTS ialah mampu menghasilkan susu getah tulen tanpa sebarang pencemaran kerana sistem automatik yang tertutup.

Selain itu, katanya, ARTS amat sesuai digunakan di kebun getah di kawasan berbukit kerana pengumpulan susu getah akan lebih mudah mengikut aliran graviti.

ARTS dihasilkan menerusi kerjasama antara LGM dengan syarikat inovasi terkenal, Zull Design Autotronic dan telah pun dipatenkan serta sedang diuji di ladang LGM Sungai Buloh.

Salmiah berharap ARTS akan digunakan bukan sahaja oleh pekebun kecil tempatan bahkan di negara pengeluar getah lain seperti Indonesia dan Thailand.

* Sumber



Read more...

Banduan minta izin pakai tudung di penjara


* AMINA FARAH ALI (kanan) dan Hawo Mohamed Hassan berjalanmeninggalkan sebuah mahkamah daerah di Minnesota selepas menghadiri perbicaraan pada Ogos tahun lalu. - AP

MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Majlis Berkaitan Hubungan Islam-Amerika di Minnesota meminta Jabatan Syerif memberi kemudahan kepada banduan untuk memakai tudung selepas seorang wanita Islam yang didapati bersalah berhubung dakwaan keganasan terpaksa membuka tudungnya semasa berada dalam tahanan.

Tertuduh, Amina Farah Ali, 35, dan rakannya, Hawo Mohamed Hassan didapati bersalah pada minggu lalu kerana menyalurkan wang kepada kumpulan pengganas Al-Shabab di Somalia.

Peguam wanita itu, Dan Scott berkata, anak guamnya mahu memakai tudung kerana mematuhi ajaran Islam. Menurutnya, Amina perlu menutup aurat apabila berada di sisi lelaki yang bukan muhrim.

"Dia mahu memakai pakaian tradisinya (tudung). Ia amat penting baginya," kata Scott.

"Dia kini dipenjara. Justeru, apa yang dia mahu tidak semestinya dia dapat. Tetapi dia berhak mengamalkan ajaran agamanya," tambah peguam itu.

Mengulas isu tersebut, Syerif Daerah Sherburne, Joel Brott berkata, Amina tidak boleh memakai tudung di penjara atas faktor keselamatan.

Pakaian awam termasuk tudung katanya, tidak dibenarkan dipakai di penjara kerana ia mungkin digunakan sebagai senjata atau menyembunyikan identiti banduan.

Namun, ujar Brott, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa persekutuan sama ada untuk memberikan pengecualian kepada Amina atau sebaliknya. - AP

* Sumber



Read more...

Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta


* SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.

NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.

Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.

Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.

Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.

Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.

Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.

Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil. - AP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Pensyarah ghairah cabul siswi



KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan. “Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu. 

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit. “Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya. 

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan.

Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

* Sumber myMetro



Read more...

Video : Maharaja Lawak Mega 2011 : Minggu 1

Teringat akan gelagat mereka mereka ini dengan watak yang berjaya menikam sedikit masa lalu..

'' My name S.u.e ( Sam )

Read more...

Lelaki kahwin empat wanita serentak


* MBHELE bersama empat isterinya yang dikahwininya secara serentak pada Jumaat lalu.

JOHANNESBURG - Seorang lelaki keturunan Zulu di Afrika Selatan berkahwin dengan empat wanita serentak dengan alasan untuk menjimatkan wang dan mengelakkan penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Milton Mbhele, 44, memutuskan berkahwin empat wanita serentak sebagai tanda cinta kepada isterinya.

"Ini merupakan hari yang paling saya tunggu sepanjang hidup saya," kata Mbhele sebelum membuat ikrar perkahwinan.

Mbhele memakai sut putih dan empat isterinya yang memakai gaun warna yang sama dengan suaminya itu tiba pada majlis perkahwinan dengan menggunakan limousin pada Jumaat lalu.

Dia yang bekerja sebagai pengurus di Majlis Perbandaran Indaka mempunyai 10 anak iaitu tujuh daripada empat isterinya dan tiga menerusi perkahwinan sebelumnya.

"Saya berasa bangga dengan amalan poligami yang diamalkan oleh kaum Zulu. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain," katanya.Majlis perkahwinannya dihadiri oleh 500 orang.

Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. - AFP

* Sumber



Read more...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pameran perang


* Satu pameran peperangan diadakan di kota Teheran, Iran, untuk memperingati perang Iran-Iraq yang terjadi pada kurun waktu 1980-1988. Berbagai macam peralatan tempur yang digunakan pada perang Iran-Irak atau yang lebih dikenal dengan sebutan "Kudus Pertahanan" bagi rakyat Iran, diperlihatkan pada para pengunjung yang datang. Foto: Reuters/ Morteza Nikoubazl



* Seorang anak memegang bendera dan sebuah senapang plastik berpose untuk sebuah foto di sebuah pameran peperangan di Teheran, Iran, REUTERS/Morteza Nikoubaz




Read more...

Bangkai kapal Kublai Khan ditemui


* Gambar yang diambil oleh Profesor Yoshifumi Ikeda menunjukkan penemuan serpihan kapal dipercayai daripada armada tentera laut Kublai Khan yang mahu menakluk Jepun. – AFP

OKINAWA 27 Okt. - Ahli arkeologi marin percaya bangkai sebuah kapal purba yang ditemui di dasar kawasan perairan Nagasaki, Jepun adalah sebahagian daripada armada purba milik Raja Mongolia kurun ke-13, Kublai Khan yang hilang, lapor stesen CNN.

Bangkai tersebut ditemui kira-kira 25 meter dari pantai Nagasaki, menggunakan peralatan ultrabunyi.Ahli arkeologi percaya kapal purba itu digunakan pada 1281 dan merupakan sebahagian daripada 4,400 armada Raja Mongolia yang ditugaskan sebagai pasukan penjajah ketika pemerintahan Dinasti Yuan.

‘‘Penemuan bangkai kapal dengan lunas sepanjang 12 meter dan masih dalam keadaan baik itu akan membantu pengkaji mengenal pasti ciri dan sifat kapal perang sepanjang 20 meter tersebut,’’ ujar CNN yang memetik ketua pasukan penyelidik yang menemui kapal itu, Yoshifumi Ikeda.

Ikeda berkata, pihaknya merancang memperluaskan usaha-usaha penerokaan kawasan itu dan mencari lebih banyak maklumat bagi membantu mengembalikan kapal purba itu ke bentuk asal.

CNN melaporkan berdasarkan legenda Jepun, dua taufan dikenali sebagai Kamikaze menyelamat Jepun sebanyak dua kali dalam tempoh tujuh tahun daripada dua penjajahan armada Mongolia dengan memusnahkan kapal-kapal berkenaan.

China bagaimanapun tidak terselamat apabila diperintah Dinasti Yuan Mongolia antara 1271 hingga 1368.

‘‘Menurut buku bertajuk Lost Fleet: In Search of a Legendary Armada oleh ahli arkeologi, James P. Delgado mengenai Kublai Khan, kemusnahan 4,000 kapal penjajahan Dinasti Yuan yang mewujudkan kuantiti besar serpihan bangkai, membolehkan seseorang berjalan dari satu lokasi di darat ke lokasi kemusnahan itu,’’ ujar CNN.

CNN melaporkan, kapal purba itu diperbuat dari papan kayu dan dipercayai dicat dengan warna kelabu cerah merupakan antara lebih 4,000 artifak termasuk serpihan seramik, bata, peluru meriam dan sauh diperbuat daripada batu, ditemui di lokasi berkenaan.

‘‘Penemuan artifak itu menimbulkan kaitannya kepada armada penjajahan Dinasti Yuan,’’ kata CNN. – Agensi

* Sumber



Read more...

Video : Wanita Memandu separuh bogel


Polis Ohio, Amerika Syarikat (AS), menangkap seorang wanita separuh bogel. Wanita yang hanya memakai g-string ini ditangkap setelah kelam kabut di jalan raya.

Ketika itu, wanita ini memandu di kelajuan 193km/jam. Kejadian ini pun berakhir dengan kejar-mengejar dengan cepat pada pukul 04.00 pagi waktu tempatan.Menurut Ketua Polis Bainbridge Jon Bokovitz, pegawai rondaan Route 422 mencari Erin Holdsworth (28) sedang memandu Mazda 626 miliknya melebihi had kelajuan.

"Kejar-mengejar pun terjadi sejauh 11km dan memaksa pegawai di kawasan itu menggunakan tongkat penghenti," katanya.

Holdsworth pun memperlahankan kereta dan memaksanya berhenti di tepi jalan. "Ia keluar separuh bogel dengan hanya memakai g-string," katanya seperti dipetik HuffPost.

Polis mensyaki wanita ini sedang mabuk, meski begitu Holdsworth menolak melakukan uji alkohol. Di sisi lain, video. wanita ini jelas menunjukkan sebaliknya.

Holdsworth kemudian didakwa atas memandu dalam keadaan mabuk, menolak ujian alkohol, melarikan diri, merosakkan, memandu dengan lesen tamat.

Holdsworth akan kembali ke mahkamah pada 2 November depan untuk menerima keputusan.

* Sumber


Read more...

Berharap Arwah Akan Kembali, Mayat Suami Disimpan

Ilustrasi : Orange

BOGOTA - Seorang wanita asal Colombia menyimpan jasad suaminya yang sudah mati selama beberapa bulan di rumahnya. Wanita ini berharap boleh menghidupkan suaminya kembali.

Alba Yacue, yang tinggal di Desa La Umbria, bahagian selatan Colombia, menyimpan jasad dari suaminya, Lucio Chacue, yang mati pada usia 61 tahun di rumahnya.

Alba menyembunyikan jasad itu dan menunggunya sampai arwah suaminya kembali. Kelakuan Alba cukup membuat para warga curiga dan ketika seorang polisi penyelidik tiba di rumah Alba, mereka menemukan jasad Lucio di atas ranjang.

"Jasad itu sudah dalam keadaan membusuk dan mengeluarkan bau yang amat menyengat, namun Alba tetap bertahan dengan harapan, suaminya akan hidup kembali. Alba juga sudah menjanjikan kehidupan bagi suaminya," demikian menurut Suratkabar La Nacion, seperti dipetik Orange, Jumaat (27/10/2011).

Saat Lucio wafat, Alba meminta Rumah Pemakaman La Paz untuk mengurus jenazah suaminya dan mengembalikan jenazah Lucio kerana Alba ingin Lucio dikubur di halaman belakang rumahnya.

"Selama 40 tahun saya bekerja sebagai pengurus jenazah, saya tidak pernah melihat kes ini. Kes ini membuat kami bingung," ujar pengurus jenazah, Evangelista Ome.

* Sumber Okezone



Read more...

Penjara sehari, denda RM700 curi coli dan jeans


KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri dua coli dan sehelai seluar jeans di sebuah pusat beli-belah terkemuka, seorang pembantu makmal dipenjara sehari dan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraida Bahari, 36, selepas ibu kepada dua anak itu mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.Zaki Asyraf juga mengarahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu kelmarin.

Tertuduh juga berdepan dengan penjara tujuh hari sekiranya tidak membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri seluar jeans jenama Seed dan coli jenama Audrey bernilai RM72.76, di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, jam 4.10 petang pada 26 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam dari Biro Bantuan Guaman, Muhammad Khairul Hafizi.

Terdahulu Muhammad Khairul memohon hukuman terhadap Noraida diringankan kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,800 sebulan dan perlu membantu suaminya yang bekerja kilang untuk menyara keluarga termasuk ibu bapanya.

* Sumber myMetro



Read more...

Ibu tumpang berhutang RM673,000 lepas pasangan Austria larikan anak


* CARRIE bersama pasangan Bako dan anak kembar mereka.

COLORADO: Seorang ibu tumpang dari Colorado terpaksa membayar bil kesihatan berjumlah AS217,000 (RM672,699) selepas melahirkan bayi kembar untuk pasangan dari Austria yang melarikan diri dari Amerika Syarikat bersama bayi kembar itu.

Carrie Mathews berkata, dia hampir mati ketika melahirkan anak Rudolf dan Teresa Bako Julai lalu kerana mengalami komplikasi teruk.

Walaupun kedua-dua keluarga itu sudah menandatangani kontrak, termasuk membayar bil kesihatan, Carrie berkata, pegawai kesihatan meminta bayaran tetapi pasangan Bako enggan berbuat demikian.

Carrie memberitahu 9News, dia bertemu pasangan Bako yang ‘sempurna’ itu selepas menemui sesawang Pusat Ibu Tumpang dan Anak Angkat Kebangsaan di internet.Katanya, pasangan itu dalam lingkungan 50-an sudah 20 tahun cuba mendapatkan anak.

Pasangan itu bersetuju membayar AS25,000 (RM77,500) untuk mengandungkan seorang anak dan menandatangani kontrak 30 lebih halaman tentang perkara yang mungkin berlaku ketika kehamilan dan bayaran yang perlu diselesaikan.

“Pasangan itu akan membayar AS2,000 (RM6,200) setiap bulan (jumlah besar RM77,500), Mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun di agensi,” kata Carrie.

Katanya mereka masih berhutang sebanyak AS$14,000 (RM43,400) kepadanya.Menurut laporan, Carrie terbang ke Cyprus untuk proses pemindahan embrio.

Pasangan Bako membayar kos penerbangan dan tempat tinggal selama 17 hari ketika dia berada di sana.Katanya dia hamil dengan bayi kembar dan tidak seperti kehamilannya yang dulu, kali ini dia mengalami masalah.

Carrie mengalami pra-eklampsia, satu masalah kesihatan yang membawa kepada hipertensi kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan kematian.

* Sumber myMetro



Read more...

Amil lesapkan wang zakat diburu


* PEJABAT Majlis Agama Islam Johor di Johor Bahru melantik Redzuan (gambar kecil) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya.

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini. 

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.

“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



Read more...

Seksa batin disekat amah


KUALA LUMPUR: “Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain.”

 Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya.

Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.


* PENGAKUAN...Zakry berkongsi masalah dihadapinya kepada wartawan Harian Metro.

“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya kepada Harian Metro. Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.

“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Read more...

Khamis, 27 Oktober 2011

Diskaun pelanggan pelacur guna basikal


* GAMBAR fail menunjukkan seorang pelacur berjalan ke sebuah bilik di sebuah rumah pelacuran di Berlin.

BERLIN - Sebuah pusat pelacuran di Berlin menawarkan diskaun kepada pelanggan yang datang dengan menggunakan pengangkutan awam seperti basikal.

Menurut seorang bekas pelacur yang mengandalikan sebuah rumah pelacuran di sini, Regina Goetz, idea itu digunakan selepas terdapat rungutan bahawa kereta sukar diletakkan di tempat itu.

"Kami kemudian mendapat idea untuk mengenakan diskaun sebanyak AS$7.40 (RM25) kepada pelanggan yang meninggalkan kereta di rumah," katanya.

Menurutnya, krisis kewangan global yang melanda dunia menyebabkan pendapatan rumah pelacuran itu merosot pada tahun lalu.

Regina berkata, diskaun itu menyebabkan bisnes di rumah pelacuran tersebut kembali berada di atas landasan yang betul. - AFP

* Sumber



Read more...

Ibu ditangkap kerana serangan seks


* WANITA yang ditangkap kerana didakwa melakukan serangan seks ke atas seorang kanak-kanak.

HOULTON - Polis Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang ibu yang mempunyai empat anak pada Jumaat lalu selepas menerima maklumat daripada polis Britain yang menyaksikan imej dia melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menerusi video dalam talian.

Menurut sebuah akhbar semalam, wanita berumur 30 tahun itu didakwa melakukan serangan seks dan mengeksploitasi kanak-kanak di bawah umur.

Jika disabitkan kesalahan dia akan dipenjarakan sehingga 20 tahun bagi setiap tuduhan.Wanita itu ditahan di penjara daerah Aroostook di sini dekat sempadan Kanada.

Beberapa laporan menyatakan kanak-kanak yang muncul dalam imej dalam video itu mungkin merupakan anaknya.Menurut seorang pegawai polis, Sarjan John Cote, beberapa penyiasat polis AS, penguat kuasa kastam dan imigresen dan dadah menemui bukti berhubung jenayah wanita itu.- Agensi

* Sumber



Read more...

Ini lah agaknya Mempelai Lelaki Tertua di Dunia

Foto : Pernikahan Abdul dan Bibi (Daily Mail)

ASSAM - Dalam usianya yang ke 120, Hazi Abdul Noor menikah untuk yang kedua kalinya dengan seorang wanita yang berusia 60 tahun. Abdul dinobatkan sebagai seorang mempelai lelaki tertua di dunia

Isteri pertama dari Abdul, Salma Khatun, meninggal dunia enam tahun yang lalu, dirinya pun menikahi Samoi Bibi yang berasal dari Desa Sathgori, India. Abdul sendiri memiliki dua putra, empat puteri dan sejumlah cucu. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Kamis (27/10/2011).

Sebanyak 500 orang menghadiri upacara pernikahan pengantin tua itu di desa yang terletak di Negara Bagian Assam, India. Saat Salma Khatun meninggal dunia, Abdul pun langsung meminta putranya, Hazi Azir Uddin, agar mencarikan dirinya istri kedua.

"Tidak mudah bagi saya untuk mencarikan seorang mempelai wanita untuk seorang pria yang berusia 100 tahun. Meski demikian, karena kehendak Tuhan, saya menemukan calon istri bagi ayah saya yang usianya 60 tahun. Isteri kedua ayah saya, sempat menikah, namun suaminya tewas dan dirinya tidak memiliki keturunan," ujar Azir. 

Setelah menikahi Abdul, Bibi memiliki anak-anak tiri yang usianya bahkan lebih tua daripadanya. "Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjaga suami saya," ujar Bibi.

* Sumber Okezone



Read more...

Wanita bunuh 2 anak, suami, ibu tiri demi wang insurans


CHARLESTON (Carolina Selatan): Cubaan seorang ibu mendapatkan wang insurans dengan membunuh empat ahli keluarganya gagal, sebaliknya dia dihadapkan ke mahkamah, kata polis, semalam.

Sebelum itu, Susan Hendricks, 48, memberitahu polis, seorang daripada anak lelakinya membunuh tiga ahli keluarga mereka.Kata Susan, anak lelakinya itu kemudian membunuh diri dalam kejadian pada 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun, apabila polis pergi ke rumah Susan, siasatan dan bukti forensik mendapati Susan sebenarnya membohongi pihak berkuasa.

Akibatnya, berdasarkan bukti dan kenyataan ahli keluarga Susan, wanita terbabit ditahan di sebuah motel pada Isnin lalu dan didakwa membunuh dua anak lelaki, suami dan ibu tirinya.

Dia turut didakwa memiliki pistol yang digunakan ketika pembunuhan itu berlaku.Pistol berkenaan ditemui pada Susan ketika dia ditahan.

Keluarga Susan berkata, wanita terbabit membunuh untuk mendapatkan wang insurans nyawa mangsa. - Reuters

* Sumber myMetro



Read more...

20 bulan buang tatu pada tubuh


* PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. - Agensi

* Kosmo! Online



Read more...

Janda Perlis fobia bersolek


KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik. 

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh. Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN. Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Lelaki ‘bercinta’ dengan keldai


HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai.

“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya.Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.

Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.

Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. - AFP

* Sumber



Read more...

Rabu, 26 Oktober 2011

Video : Kereta api Seberat 150 Tan berjaya Ditarik oleh lelaki Syria ini

Read more...

Selasa, 25 Oktober 2011

Melekat selepas tiru aksi Kama Sutra


* SEPASANG kekasih menghabiskan masa romantik ketika waktu senja. - Gambar hiasan.

KALHUGA - Gara-gara mahu mencuba aksi seks baru, sepasang suami isteri warga emas di Rusia terpaksa dikejarkan ke hospital setelah tubuh mereka melekat, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa Ivan Sokolov, 56, terkejut apabila isterinya Valentina, 51, mengalami kekejangan otot apabila mereka mencuba 'posisi sedikit sukar' menurut buku manual hubungan kelamin, Kama Sutra.Selepas sejam gagal melepaskan diri, pasangan itu akhirnya membuat keputusan menghubungi perkhidmatan bantuan kecemasan di sini.

Doktor-doktor di sebuah hospital di Kalhuga tidak dapat menahan diri daripada tertawa selepas pasangan itu tiba di wad kecemasan dalam keadaan melekat.

"Lelaki itu terdesak untuk membebaskan diri dan akhirnya berjaya berbuat demikian tetapi isterinya tidak bernasib baik kerana terpaksa dirawat ekoran kejutan otot," kata seorang doktor.

Seorang rakan memberi buku panduan itu kepada mereka dan pasangan tersebut membuat keputusan untuk mencuba beberapa posisi Kama Sutra buat kali pertama.

"Anda memerlukan tahap kecergasan tinggi untuk melakukan sesetengah posisi Kama Sutra termasuk posisi 'Indrani' yang dilakukan pasangan tersebut.

Kedudukan itu sukar bagi pasangan warga emas seperti mereka," kata seorang pakar hubungan seks. - Agensi

* Sumber



Read more...

Ahli Parlimen terkejut bekas isterinya pelacur



* MIKE WEATHERLEY bergambar
bersama Carla semasa mereka menjadi suami isteri.


LONDON - Seorang Ahli Parlimen dari Parti Konservatif, Mike Weatherley, 53, terkejut besar dan sedih apabila dia mendapat tahu bahawa bekas isterinya yang merupakan warga Brazil yang dikahwininya sebelum ini selama tujuh tahun kini menjual tubuh dengan menjadi pelacur, lapor sebauh akhbar semalam.

Pendedahan dibuat sebuah akhbar yang menyatakan Carla Weatherley, 39, bekerja sebagai tukang urut dengan menggunakan tiga nama samaran, Bea, Adriana dan Bianca. Wanita itu dikatakan menerima bayaran £70 (RM336) setiap kali memberi perkhidmatan dan bekerja di tiga buah rumah pelacuran.

Aksinya yang melakukan tarian bogel dengan memakai pakaian dalam berwarna merah jambu dan hitam pernah dirakamkan oleh seorang wartawan yang menyamar menjadi pelanggannya.

Pasangan itu bertemu di Rio de Janeiro, Brazil apabila Weatherley berkunjung ke bandar raya itu atas urusan perniagaan.

Mereka kemudian berkahwin di Brighton pada tahun 2003 yang merupakan perkahwinan kedua buat Weatherley.Weatherley menyatakan beliau tidak tahu bahawa isterinya menjual tubuh namun dia mendakwa masih kekal sebagai kawan baik selepas mereka berpisah sejak Februari lalu.

"Saya masih sangat terkejut dengan berita ini dan cuba untuk menerimanya. Saya ada bukti bahawa kami sudah berpisah dan saya boleh menunjukkannya jika perlu," katanya sambil menangis. - Agensi

* Sumber



Read more...

Ingin Wujudkan Impian, Nenek curi Kuda

Foto : Agrafena Vasilyevna mencuri kuda (Orange)

TVERSKAYA - Demi mewujudkan impiannya sejak kecil, nenek yang baru saja berulang tahun ke-80 ini mencuri seekor kuda milik tetangganya sendiri.

Agrafena Vasilyevna diinterogasi oleh kepolisian di Rusia setelah dirinya menyelinap ke kandang kuda milik tetangganya, Igor Vasilev dan memasang pelana di kudanya. Setelah pelana terpasang di kuda milik Igor, nenek itu pun langsung menungganginya.

Beberapa jam kemudian, nenek itu kembali ke wilayah di dekat rumah Igor dan menyaksikan tetangganya dan polisi menunggu nenek berusia 80 tahun itu.Vasilyevna mengatakan kepada polisi, sejak dahulu dirinya ingin sekali menunggang kuda.

Namun, impian nenek tua asal Tverskaya, Rusia ini tidak pernah tercapai.Mereka mmengatakan pada saya untuk turun.

Saya pun sudah mewujudkan impian yang sudah saya impikan sejak saya masih kecil," ujar Vasilyevna, seperti dikutip Orange, Isnin (24/10/2011).

"Banyak hal-hal yang ingin saya lakukan mungkin hal ini akan membuat orang lain menjadi terkejut," tambahnya.

* Sumber Okezone



Read more...

Sensasi internet | Najwa Latif



Cinta Muka Buku Najwa catat lebih 3 juta tontonan

SUATU ketika dulu penyanyi diuji bakat untuk muncul sebagai artis rakaman, ataupun dikesan bakatnya menerusi pertandingan nyanyian.

Kemudian keadaan itu sedikit berubah apabila rancangan realiti mula menjadi fenomena dalam industri hiburan. Maka lebih ramai penyanyi muncul dalam industri seni tanah air.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.



Nama Penuh: Imratul Najwa Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Umur: 16 tahun
Keluarga: Anak bongsu daripada dua beradik
Asal: atu Pahat, Johor
Kerjaya: Pelajar, Penyanyi
Single: Cinta Muka Buku
Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif


* Sumber Berita Harian Online



Read more...

Bahtera Nabi Nuh a.s : RTM mohon maaf


* SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP