Shilpa Shetty tayang kehamilan di pesta Punjabi
Tweet
Mencipta nama di luar India selepas menyertai siri Celebrity Big Brother pada 2007, Shilpa menjadi tetamu parti diadakan rakan kongsi bisnesnya, Kiran Bawa.
Majlis keraian itu diadakan menjelang festival musim sejuk Lohri yang disambut masyarakat Punjabi.
Shilpa berkahwin dengan Raj pada 2009.
Bulan lalu, pasangan terbabit mengumumkan mereka kini menanti kelahiran anak sulung.
Menurut sumber, Shilpa sangat teruja dengan kehamilan itu kerana dia mengalami keguguran pada tahun lalu. “Shila tidak sabar berkongsi kegembiraan dengan semua orang sebaik saja disahkan hamil sekali lagi,” katanya. - DM
* Sumber
MUMBAI: Walaupun lebih gemar mengelak daripada tumpuan media sejak mengumumkan kehamilan pertamanya sebulan lalu, lambat-laun Shilpa Shetty terpaksa mengalah.
Ketika menghadiri majlis bersama suaminya, Raj Kundra, semalam, Shilpa tetap tampil menawan dengan sari cantik bersama perutnya yang semakin membesar.
Mencipta nama di luar India selepas menyertai siri Celebrity Big Brother pada 2007, Shilpa menjadi tetamu parti diadakan rakan kongsi bisnesnya, Kiran Bawa.
Ketika menyertai siri realiti televisyen itu, nama Shilpa menjadi perhatian selepas dia dan seorang lagi peserta, Jade Goody, berbalah sehingga membabitkan isu perkauman.
Majlis keraian itu diadakan menjelang festival musim sejuk Lohri yang disambut masyarakat Punjabi.
Shilpa berkahwin dengan Raj pada 2009.
Menurut sumber, Shilpa sangat teruja dengan kehamilan itu kerana dia mengalami keguguran pada tahun lalu. “Shila tidak sabar berkongsi kegembiraan dengan semua orang sebaik saja disahkan hamil sekali lagi,” katanya. - DM
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan